BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Lima inisiatif cepatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China

343

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara.

Menurut Menterinya,  Datuk Seri Haji Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini, usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC).

Katanya dalam usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, KPKM dan Jabatan Pertanian (DOA) telah mengambil inisiatif seperti berikut:

  • Pertama: mengadakan rundingan secara berterusan dengan GACC;
  • Kedua: menandatangani Kenyataan Bersama (Joint Statement) antara KPKM dan pihak GACC pada 6 Oktober 2023 untuk mengukuhkan komitmen supaya mempercepatkan akses pasaran produk pertanian termasuk buah durian segar ke China;
  • Ketiga: menganjurkan lawatan awal oleh GACC ke ladang durian di Melaka pada 7 Oktober 2023;
  • Keempat: menerima lawatan pasukan Analisis Risiko Perosak [Pest Risk Analysis – PRA] GACC ke tiga (3) ladang durian terpilih di Tapah, Perak serta Batu Pahat dan Tangkak, Johor serta tiga (3) fasiliti pembungkusan terpilih di Raub dan Bentong, Pahang serta Batu Pahat, Johor dari 22 hingga 26 Januari 2024; dan
  • Kelima: menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan GACC pada 19 Jun 2024 semasa lawatan rasmi Premier Republik Rakyat China, Premier Li Qiang ke Malaysia bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

“Dengan termeterainya protokol tersebut, telah membolehkan buah durian segar dieksport ke China. Susulan itu, KPKM melalui DOA sedang memuktamadkan format Sijil Fitosanitari bersama GACC serta mengemukakan senarai ladang dan fasiliti pembungkusan sedia ada yang telah mengeksport ke China kepada pihak GACC untuk kelulusan eksport durian segar dari GACC.

Hanya ladang dan fasiliti pembungkusan buah durian yang memohon dan berdaftar dengan DOA, mematuhi piawaian myGAP (Amalan Pertanian Baik) dan mendapat kelulusan daripada pihak GACC menerusi pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Protokol, dibenarkan mengeksport buah durian segar ke China.

KPKM menjangkakan proses kelulusan pendaftaran dengan GACC ini memerlukan tempoh selama dua (2) hingga tiga (3) bulan dan eksport buah durian segar dijangka bermula pada suku tahun ketiga tahun 2024.” ujar Mohamad.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...