Biz @ My LNABM @ MY LNA

Tingkatkan Gaya Anda dengan 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee

286

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2024 – Serlahkan aura fesyenista anda dan tingkatkan gaya anda dengan 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee! Nikmati pengalaman membeli-belah ekstravaganza dengan pelbagai pilihan pakaian di hujung jari anda. Dari 1 hingga 9 Julai 2024, tingkatkan gaya peribadi anda dan beli-belah dengan bijak di 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee.

Tawaran Fesyen RM1 Setiap Hari dengan Tawaran Fesyen Super Seringgit

Terokai khazanah gaya terkini dan dapatkan tawaran menarik hanya pada RM1 bermula 12 tengah hari terhadap pelbagai fesyen mesti milik dari 1 hingga 9 Julai. Daripada kasut sukan yang meningkatkan gaya harian kepada beg tangan yang memberi sentuhan sofistikasi, pasti ada sesuatu untuk setiap gaya. Jangan lepaskan peluang harian ini untuk memperbaharui pakaian anda pada harga mampu milik.

Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Tingkatkan pakaian anda dengan membeli-belah tanpa risau tentang kos penghantaran semasa 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee! Baucar Penghantaran Percuma harian Shopee boleh ditebus pada 12 tengah malam. Hanya tuntut baucar anda, tebus semasa checkout, dan perbaharui gaya anda pada 7.7 ini!

Fesyen Baharu dihantar dengan Jaminan Tepat Waktu Shopee

Beli trend terkini dengan yakin – Jaminan Tepat Waktu Shopee memastikan barang fesyen anda tiba dalam Jangka Waktu Penghantaran yang dijanjikan. Jika bungkusan anda tertunda, anda akan menerima baucar RM5. Beli tanpa risau, dengan pengetahuan bahawa Shopee mengutamakan penghantaran tepat waktu, jadi anda hanya boleh fokus untuk menggayakan fesyen baharu anda.

Pulangan Tunai 15% Setiap Hari Jam 8 Malam

Maksimumkan bajet fesyen anda dengan baucar Pulangan Tunai 15% harian yang boleh ditebus sehingga 9 Julai. Nikmati Shopee Coins dengan setiap pembelian yang boleh digunakan untuk pembelian fesyen anda seterusnya. Ambil peluang ini untuk meningkatkan pilihan pakaian anda sambil berjimat hebat. Jangan lepaskan peluang – tuntut baucar Shopee anda hari ini dan nikmati baucar yang lebih besar pada 7 Julai!

Beli #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit di Shopee Live dengan 7.7 Fesyen Fiesta

Shopee bekerjasama dengan jenama dan penjual fesyen tempatan untuk melancarkan koleksi pakaian kapsul eksklusif 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit. Tingkatkan gaya harian anda dengan koleksi trendy, mampu milik, dan bergaya sopan ini. Campur dan padan untuk mencipta penampilan inklusif  bersesuaian personaliti unik anda. Tonton Shopee Mamak di Shopee Live pada jam 8 malam dari 1-5 Julai dan pada 7 Julai untuk permainan menarik dan berpeluang memenangi RM2,000 tunai! Beli dan bergaya penuh yakin dengan 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee.

Nikmati Tawaran Nilai Terbaik dengan Shopee Choice

Terokai pilihan pakaian trendy, aksesori mesti milik, dan barang gaya hidup – semuanya dijamin pada harga bawah RM3. Nikmati penghantaran pantas dan percuma dengan setiap pembelian anda, memastikan anda menerima barangan fesyen dengan cepat tanpa berbelanja besar. Shopee Choice mengutamakan kualiti, jadi anda boleh membeli-belah dengan yakin! Jangan lupa untuk singgah Shopee Choice pada setiap 1 haribulan untuk menuntut baucar eksklusif, dapatkan barang berharga rendah yang bermula dari RM1, dan meneroka lebih banyak tawaran menarik!

Nikmati Ansuran 0% dengan SPayLater & Faedah Tambahan dari ShopeePay

Rancang pembelian 7.7 Jualan Fesyen Mega anda dengan ansuran 0% SPayLater untuk 3 bulan. Pengguna baharu boleh dapat diskaun RM15, manakala pengguna sedia ada boleh berjimat sehingga RM30. Tambahan lagi, anda juga boleh menikmati tawaran luar talian! Nikmati diskaun sehingga 90% di aplikasi Zus Coffee dan diskaun RM50 di Baskin Robbins dan kedai makanan dan minuman lain dengan SPayLater. Bukan itu sahaja, Isi semula dompet ShopeePay anda dengan DuitNow untuk berpeluang menang sehingga RM100.

Layari https://shopee.com.my/m/7-7 dan mulakan perjalanan fesyen anda dengan tawaran tanpa tandingan dan trend fesyen terbaharu semuanya di satu tempat – 7.7 Jualan Fesyen Mega Shopee!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...