AMBM @ MY LNA

MPJ tangkap tujuh lembu terbiar

55
ANTARA lembu terbiar yang berkeliaran di jalan raya ditangkap MPJ menerusi operasi tersebut, baru-baru ini.

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI

SERKAM 27 Jun 2024 – Tujuh ekor lembu terbiar ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Ternakan Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekitar Serkam Darat, baru-baru ini.

Operasi itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang memfokuskan kawasan Taman Koperasi Serkam Darat.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata pihaknya giat melaksanakan operasi berkenaan ternakan terbiar berkeliaran di kawasan awam yang menimbulkan kacau ganggu.

KAKITANGAN Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang terlibat melaksanakan operasi itu.

“Ternakan terbiar ini boleh mengancam keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya selain menimbulkan isu kebersihan.

“Hasil operasi yang dijalankan kita berjaya menangkap tujuh ekor lembu terbiar di kawasan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mohd Shaiful Hizam berkata, MPJ akan terus melaksanakan operasi tersebut dari semasa ke semasa.

“Saya minta kerjasama semua pemilik haiwan ternakan untuk memastikan ternakan masing-masing dikawal supaya tidak merisikokan pengguna dan penduduk sekitar,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

Alibaba.com Lancar Anugerah KEL Sulung untuk Iktiraf BakatE-Dagang B2B Terkemuka

KUALA LUMPUR, 3 Jul 2024 – Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan...

AMBM @ MY LNANiaga @ My LNA

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI AYER KEROH 3...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Urus stres menerusi ekoterapi di Taman Negara

Ekoterapi, atau juga dikenali sebagai terapi alam, merupakan salah satu bentuk terapi...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

GO HUB mulakan dagangan di Pasaran Ace dengan Harga Pembukaan Kukuh RM0.80

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2024 – Go Hub Capital Berhad (“Go Hub” atau “Syarikat”), penyedia...