BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Rakyat Malaysia digalakkan banyakkan penggunaan perkhidmatan digital – Gobind

200
Kredit Foto Halaman X Rasmi Menteri Digital

SUBANG JAYA, 25 Jun 2924 – Menteri DIgital, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ yang dilancarkan hari ini. Katanya ia merupakan satu inisiatif yang signifikan bagi MYDIN, yang juga merupakan rangkaian pemborong dan peruncit tempatan pertama yang melancarkan aplikasi edompet.

Menurut Gobind dalam satu kenyataan hari ini, aplikasi MYDINPay itu membolehkan pengguna mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa mereka perlu ke cawangan MYDIN secara fizikal.

“Ekonomi digital yang kini sedang berkembang pesat mempunyai potensi besar untuk membantu melonjakkan Malaysia di persada ekonomi dunia, sekali gus menjana pendapatan negara.

Menjelang tahun 2025, sumbangan ekonomi digital bakal meningkat kepada 25.5 peratus berbanding 23 peratus buat masa ini.

Dengan peningkatan e-dagang, perbankan mudah alih dan pembayaran tanpa sentuh, e-dompet telah muncul sebagai cara yang mudah dan selamat untuk mengurus transaksi wang.” katanya.

Secara amnya, penggunaan e-dompet juga telah meningkat dengan cepat kerana para pengguna bakal menikmati pelbagai ganjaran, diskaun promosi serta rebat tunai yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang membangunkan aplikasi tersebut.

“Selaras dengan sektor e-dagang yang semakin meluas, Kementerian Digital komited dalam membangunkan dan memperkukuhkan infrastruktur digital dan pintar demi memperkasakan industri e-dagang dan transaksi digital.

Justeru, saya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memperbanyakkan penggunaan perkhidmatan digital yang akan memudahkan transaksi kewangan dan pembankan. Ini akan membawa kepada penjimatan dari segi masa dan kos, serta pengalaman pengguna yang lebih baik dan lancar.” ujar Gobind.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...