Biz @ My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

TMC Fertility Menyemai Benih Harapan dalam Menangani Masalah Ketidaksuburan Yang Semakin Meningkat

145

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2024 – Sempena Bulan Ketidaksuburan Sedunia pada bulan Jun, TMC Fertility @ Thomson Hospital Kota Damansara menarik perhatian orang ramai terhadap usaha berterusan negara bagi menangani masalah ketidaksuburan dan kemajuan penting dalam usaha memelihara kesuburan. Pakar-pakar dari TMC Fertility berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam bidang ini pada satu acara media eksklusif, dan menyatakan iltizam mereka untuk menyokong individu dan pasangan yang memerlukan bantuan menerusi teknologi terkini, kepakaran dan penjagaan kesihatan berteraskan pesakit.

Masalah ketidaksuburan menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus pasangan di Malaysia, dan kedua-dua lelaki dan wanita menghadapi pelbagai halangan dalam usaha mereka untuk menjadi ibu bapa. Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Aldrin Lie Tze Min menjelaskan, “Kebimbangan tentang masalah ketidaksuburan sememangnya semakin meningkat di Malaysia, dan ia semakin dirasai ramai pasangan pada setiap tahun. Justeru, pemahaman tentang pilihan yang ada dan perancangan proaktif yang boleh dibuat adalah penting dalam menangani isu ini.”

Kemajuan dalam pemeliharaan kesuburan memberikan sinar harapan kepada ramai pasangan. Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Khairun Marina binti Bachok, berkata, “Kami telah memperoleh pengalaman yang meluas dalam bidang ini selaku perintis dalam bidang pemeliharaan kesuburan di Malaysia. Pengalaman tersebut menyumbang kepada kadar kejayaan hampir 100% dalam pembekuan dan pencairan embrio, oosit dan sperma. Justeru, orang ramai perlu dimaklumkan tentang inovasi dan pilihan teknologi moden yang kita ada pada hari ini.”

Teknik pemeliharaan kesuburan hari ini telah berkembang maju untuk membantu orang ramai membina keluarga pada masa hadapan, terutamanya melibatkan mereka yang menjalani rawatan atau berdepan situasi yang boleh menyebabkan ketidaksuburan. Perunding O&G merangkap Pakar Kesuburan, Subpakar dalam Perubatan Reproduktif, dan Pakar Bedah Ginekologi Invasif Minimum, Profesor Madya Dr Prasanna Supramaniam, menegaskan, “Pemeliharaan kesuburan telah berkembang pesat untuk memberikan sinar kepada wanita yang menghadapi masalah seperti endometriosis dan mereka yang perlu menjalani rawatan yang berisiko menyebabkan ketidaksuburan, seperti rawatan kanser. Justeru, inovasi Pengawetankrio Tisu Ovari (Ovarian Tissue Cryopreservation) memberikan harapan untuk golongan wanita membina keluarga menerusi perkhidmatan IVF khusus.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memajukan bidang kesihatan reproduktif, Thomson Hospital @TMC Fertility secara konsisten menjadi peneraju dalam menawarkan teknik pemeliharaan kesuburan yang inovatif. ​​Ketua Pakar Embriologi Kumpulan, Tee Sze Tian, berkata, “Hari ini, teknologi dan teknik moden yang digunakan berjaya meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan dengan ketara. Tumpuan kami bukan sekadar membekalkan teknologi yang paling canggih tetapi menyediakan khidmat penjagaan peribadi bagi memastikan hasil yang terbaik untuk pesakit kami.”

Kempen berterusan ‘Celebrating Life’ oleh kumpulan penjagaan kesihatan Thomson Hospital sempena tiga dekad perkhidmatan mereka menzahirkan kesungguhan hospital ini untuk membawa sinar harapan dan kegembiraan kepada keluarga. Dengan empat lagi cawangan TMC Fertility di Puchong, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru, kami merekodkan kadar kejayaan IVF antara 55 hingga 65 peratus, dengan 6,400 orang bayi IVF dilahirkan sehingga kini.

“Sebagai salah sebuah pusat kesuburan perintis negara, Thomson Hospital @ TMC Fertility ialah pelopor dalam bidang rawatan kesuburan untuk rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa. Sempena ulang tahun ke-30 usaha kami untuk mengubah harapan menjadi kegembiraan, kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk menghadapi cabaran ketidaksuburan, dan kami akan berada di sisi mereka,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Puan Lakshmi Menon.

Dalam usaha menyokong wanita dan lelaki untuk mempertimbangkan pilihan perkhidmatan pemeliharaan kesuburan yang ada, Hospital Thomson @TMC Fertility menawarkan sesi rundingan percuma selama 15 minit dengan pakar kesuburan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan bagi menggalakkan wacana yang sihat dan pembuatan keputusan berdasarkan maklumat untuk masa depan setiap individu. Thomson Hospital @TMC Fertility juga meraikan kisah kejayaan keluarga yang mendapat manfaat daripada perkhidmatannya bagi memupuk harapan dan impian, serta mengukuhkan peranan TMC Fertility sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam bidang kesihatan reproduktif.

Thomson Hospital @TMC Fertility komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan cemerlang. Perkhidmatan pemeliharaan kesuburan yang ditawarkan pusat ini direka khusus untuk menyokong individu dan pasangan yang berikhtiar untuk menjadikan harapan mereka satu kenyataan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, TMC Fertility menawarkan promosi istimewa untuk khidmat pembekuan telur. Bagi mendapatkan butiran lanjut, sila layari www.tmcfertility.com atau tetapkan temu janji menerusi talian +6016 211 1357 atau +6018 211 1088.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *