AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kawal selia penilaian saham untuk ECF

244
Fleksibiliti tanpa had dalam menilai saham syarikat di platform ECF boleh membawa kepada penilaian yang tidak adil (Austin Distel - Unsplash)

Oleh: Dr Mohamed Hisham Hanifa, Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi

Pendanaan awam berasaskan ekuiti (ECF) adalah pasaran berbentuk dua hala yang bertujuan untuk menghubungkan usahawan dengan pelabur. Platform ini membolehkan usahawan mengiklankan perniagaan permulaan mereka di laman web. Ahli platform ini boleh melihat peluang pelaburan tersebut dan kemudian memutuskan sama ada untuk melabur berdasarkan syarat yang dicadangkan dalam dokumen pelaburan. Bergantung kepada struktur platform, pelaburan memberi hak kepada pelabur dari ahli platform tersebut untuk membeli saham secara langsung dari perniagaan usahawan ini. Di Malaysia ECF dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). ECF harus menjadi pilihan pembiayaan alternatif yang berdaya maju untuk meningkatkan pemulihan PKS.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2022, Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), jumlah dana yang diperoleh daripada ECF telah berjaya membuat sebanyak 241 kempen dan mendapatkan dana untuk pelaburan sebanyak RM461 juta. 100% daripada dana ECF yang dikumpulkan oleh industri PKS. Pada tahun 2022, 28% daripada kempen dilancarkan dengan ECF ini adalah untuk perniagaan di luar lembah Klang, 8% adalah berlandaskan Shariah dan 26% adalah kempen di dalam industri pertanian.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai permintaan mendadak dalam pasaran ECF, yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Salah satu daripadanya ialah keperluan mendesak untuk amalan penilaian saham yang adil. Penilaian saham adalah sangat penting di ECF, bukan sahaja semasa fasa penjanaan modal (penilaian pra-wang) tetapi juga apabila pelabur keluar daripada pelaburan mereka (penilaian selepas wang).

ECF perlu mengambilkira juga cara menampung kerugian supaya secara purata pelabur daripada ahli platform mendapat pulangan yang berbaloi dengan risiko yang diambil. Pelabur boleh menjual saham mereka pada masa depan untuk mendapatkan semula wang yang dilaburkan. Walaupun ini merupakan cabaran kerana bilangan pilihan keluar kemungkinan lebih rendah. Saluran keluar yang paling biasa digunakan adalah melalui penjualan saham samaada kepada pelabur lain atau pemilik perniagaan tersebut. Secara ideal, bagi usahawan yang menunjukkan prestasi pernigaan yang baik, penjualan saham boleh dibuat melalui penawaran awam permulaan supaya saham pelabur juga disenaraikan secara awam di pasaran saham.

Antara aspek yang membimbangkan ialah, tidak seperti saham yang didagangkan secara terbuka, memandangkan tiada pasaran sekunder untuk saham ECF, pengendali platform ECF membenarkan usahawan kebebasan yang ketara dalam memilih alat penilaian untuk menilai syarikat mereka. Fleksibiliti tanpa had ini boleh membawa kepada penilaian yang melambung tinggi, yang memberi kesan negatif kepada pelabur.

Selain itu, pengendali platform ECF menjana pendapatan berdasarkan dana yang diperoleh melalui kempen. Saiz modal berkait rapat dengan penilaian yang ditetapkan oleh penerbit.

Akibatnya, kekurangan ketelusan risiko memberi beban yang lebih tinggi kepada pelabur ECF, memaksa mereka untuk mengambil bahagian risiko yang lebih besar daripada keseluruhan risiko perniagaan berbanding dengan pulangan yang dijangkakan.

Rangka kerja kawal selia yang ditubuhkan oleh SC berfungsi sebagai asas yang baik untuk memastikan kemampanan ECF. Untuk mencapai hasil ECF yang adil, dasar SC harus mencari keseimbangan antara peranan SC dalam melindungi pelabur ECF dan memudahkan akses kepada kewangan serta dapat mengurangkan kekangan kewangan PKS.

Peraturan yang lebih ketat bukanlah jalan penyelesaian kepada penilaian saham yang adil ini kerana ia akan meningkatkan kepada kos yang lebih tinggi untuk pengendali platform ECF dan yang kedua pula usahawan yang memilih dana dikumpul melalui ECF memerlukan lebih fleksibiliti dan kos urus niaga yang lebih rendah disebabkan oleh risiko tinggi yang wujud bagi perniagaan sebegini untuk lebih maju.

Oleh itu, adalah penting bagi pelabur untuk menjalankan penilaian risiko yang menyeluruh dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari pelaburan mereka.

Dr Mohamed Hisham Hanifa ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya

Dr Anna Azriati Che Azmi ialah Profesor Madya di Jabatan Perakaunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...