AMBernamaBM @ MY LNA

Membentuk Anak Muda: Talentcorp membantu Program Invest4good yang diketuai oleh dua Pakar Malaysia di UK untuk membawa Teknologi Robotik & AI ke Sekolah di Sabah

243
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan Encik Nazrul Aziz, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan TalentCorp menyampaikan sehelai batik rekaan artis batik Malaysia yang menetap di UK. Shirlyn Low dari #BatikYing.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2024 (Bernama) — Untuk memperluas strategi dalam memanfaatkan kepakaran rakyat Malaysia di luar negara, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), memperkukuh komitmennya untuk memperkasa rakyat Malaysia agar dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dengan menyediakan platform yang menghubungkan komuniti rakyat Malaysia di seluruh dunia.
 
Melalui inisiatif Malaysia at Heart (MyHeart), TalentCorp bekerjasama dengan Social Value Malaysia (SVM) untuk menyokong program Invest4Good di Lahad Datu, Sabah, yang akan bermula pada bulan Ogos tahun ini.
 
Dalam sebuah program anjuran TalentCorp yang diadakan baru-baru ini di London yang turut dihadiri oleh 300 rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA telah mengumumkan bahawa TalentCorp akan memperuntukkan £10,000.00 (kira-kira RM 60,000.00) untuk kerjasama tersebut. Dana ini akan membantu memperkasa 60 guru sekolah di Lahad Datu untuk membolehkan mereka melatih lebih daripada 120 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam asas Robotik dan AI yang diintegrasikan ke dalam pembelajaran.
 
“Inisiatif MyHeart oleh TalentCorp menunjukkan komitmen KESUMA terhadap pembangunan bakat dan modal insan yang merangkumi rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara. Invest4Good untuk Sabah memainkan peranan penting dalam membuka peluang pendidikan STEM kepada anak-anak sekolah kita di Malaysia. Kami amat berbangga kerana dapat menyokong rakyat Malaysia di luar negara untuk menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman mereka demi manfaat tanah air,” katanya.
 
SVM adalah sebuah perusahaan impak sosial yang berusia dua tahun, yang diasaskan secara bersama oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu Dr. Jane Chang dan Profesor Dr. Ainurul Rosli dari Brunel University London. Kedua-duanya mereka merupakan ahli lembaga Malaysia Impact Alliance (MyImpact), sebuah NGO bebas yang bertujuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan pelaburan ekosistem impak Malaysia.
 
Dalam program tersebut, YB Steven Sim Chee Keong turut memperkenalkan inisiatif MyHeart Innovate, sebuah program berdurasi selama tiga bulan untuk rakyat Malaysia di luar negara yang bercita-cita untuk menubuhkan syarikat pemula di Malaysia. Kerjasama antara Cradle dan BEYOND4 bertujuan untuk menawarkan laluan yang lebih tersusun bagi usahawan baharu untuk memperoleh kemahiran keusahawanan, mendapatkan pandangan pasaran yang lebih mendalam, serta mendapatkan akses kepada mentor yang berpengalaman, pakar industri, serta potensi pembiayaan perniagaan.
 
YB Menteri Sumber Manusia turut berkata, “Matlamat kami adalah untuk memudahkan sumbangan yang berpotensi oleh rakyat Malaysia dan menyediakan peluang kepada mereka untuk berbakti kepada negara, tanpa mengira keputusan samaada mereka hendak kembali ke Malaysia atau menetap di luar negara,”.
 
Rakyat Malaysia di luar negara boleh memohon untuk menyertai inisiatif ini melalui TalentCorp MyHeart Innovate, manakala mereka yang berada di Malaysia boleh mengemukakan permohonan menerusi program TalentCorp MyNext Innovate.
 
Inisiatif MyHeart TalentCorp berfungsi sebagai platform yang menghubungkan komuniti diaspora Malaysia yang bertujuan untuk membuka potensi mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada kemajuan Malaysia. Ia beroperasi melalui lima modul utama: kolaborasi, rangkaian global, peluang kerjaya, serta insentif dan fasilitasi untuk rakyat Malaysia yang ingin kembali ke dalam Negara.
 
Inisiatif khusus ini merupakan salah satu strategi TalentCorp untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan modal insan di Malaysia. Ia beroperasi seiring dengan pelbagai inisiatif TalentCorp untuk rakyat Malaysia di dalam negara, termasuklah untuk golongan profesional mahir, wanita, veteran, pelajar universiti, dan pelajar sekolah. Usaha-usaha ini adalah untuk mengoptimumkan bakat rakyat Malaysia serta memacu ke arah mewujudkan hab bakat Malaysia yang dinamik.
 
Untuk maklumat lanjut berkenaan MyHeart, sila layari, www.myheart.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Celebrating ‘Jiwa Merdeka’

PUTRAJAYA, Sept 12 2024 (Bernama) – As Malaysians celebrated National Day on 31 August...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

From Malaysia to Silicon Valley: Midwest Composites Set to Compete In Startup World Cup Grand Finale

KUALA LUMPUR, Sept 9 2024 (Bernama) — Growth Charger, a leading startup accelerator and incubator,...

BernamaBusiness @ MY LNAFinance @ My LNAMy LNA English

CPI Land Signs Rm228 Million Financing Facilities With Ambank For 3 Development Projects In Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, Aug 23 2024 (Bernama) — AmBank Group has granted RM228,000,000 financing facilities to...