Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 9:08 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 9:08 malam, 15 Jun 2024 |
Koordinat | : 3.1° Utara 127.5° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Talaud, Indonesia |
Magnitud | : 5.8 |
Jarak | : 259km Utara dari Ternate,Indonesia |
Kedalaman | : 17 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Leave a comment