KUALA LUMPUR, 12 Jun 2024 – Siri strim langsung fesyen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul telah menjana lebih 423,000 ‘likes’ dalam memperkasakan wanita di seluruh negara dengan keyakinan. Dari 31 Mei hingga 6 Jun 2024, selebriti dan pempengaruh Malaysia – Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah memberikan tips gaya dan mempromosikan penjual tempatan di Shopee Live, dengan kepercayaan bahawa setiap wanita Malaysia boleh bergaya gah dengan harga mampu milik.
Shopee bekerjasama dengan jenama fesyen Muslim tempatan M2 Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store. Koleksi ini menampilkan pakaian Muslimah versatil, sesuai untuk pelbagai gaya dan majlis. Semua item dalam koleksi ini berharga antara RM1 hingga RM40, menjadikannya mampu milik untuk semua. Sepanjang strim langsung, penonton menonton bagaimana selebriti dan pempengaruh tempatan memberikan perspektif unik mereka tersendiri, menunjukkan cara untuk menggayakan koleksi #ShopeeHaul ke pelbagai penampilan bergaya.
Sasha Abdul Aziz: Kekal Sopan dengan Sentuhan Moden
Sasha menekankan kepentingan gaya berbanding harga, menunjukkan cara menggabungkan T-shirt hitam oversized dengan skirt satin untuk penampilan yang selesa tetapi bergaya. Sasha beri tips untuk memasukkan baju oversized ke dalam skirt atau menggunakan tali pinggang untuk menonjolkan pinggang dan melengkapkan gaya dengan kasut but yang memberi keseimbangan kepada gaya. Sasha juga memberikan tips untuk menggayakan bandana, mencadangkan selendang dibiarkan panjang menutupi dada dan lilit bandana di atas kepala, lalu menambah sentuhan moden kepada fesyen hijabi tradisional.
Sasha juga mengesyorkan cermin mata hitam kecil berbentuk segi empat yang menyerlahkan lagi gaya apa sahaja untuk selfie dengan kawan-kawan. “Saya suka membeli pakaian yang murah dan mampu milik kerana bagi saya, adalah lebih penting bagaimana kita menggayakannya berbanding berapa harganya. Kita tidak perlu membeli barang mahal jika kita tahu cara menggayakannya.”
Sherry Alhadad: Serlahkan Keyakinan dengan Item Berkualiti
Sherry menunjukkan cara menggayakan tudung satin bunga dan berwarna-warni, mengubahnya menjadi selendang yang dililit di leher. Sherry mengetengahkan dress turtleneck panjang sebagai pilihan sesuai untuk hari-hari bermalasan, menunjukkan bagaimana ia boleh digayakan mudah dengan hanya memakai tali pinggang untuk penampilan ringkas tetapi bergaya yang sesuai untuk semua bentuk badan. Sherry juga menunjukkan lebih bergaya dengan T-shirt oversized yang ringkas dengan aksesori seperti rantai leher dan stokin bercorak kotak, mencipta gaya ceria. Selain itu, Sherry juga menekankan kepentingan kualiti berbanding harga, menasihati penonton untuk membaca ulasan pelanggan bagi memastikan kualiti produk. “Jangan risau tentang harga; yang paling penting adalah kualiti. Itulah sebabnya penting untuk membaca ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan lain. Apabila ulasan secara keseluruhan mengatakan bahawa produk itu bagus, anda tidak perlu risau sangat tentang kualiti. Yang paling penting adalah memakai item tersebut dengan keyakinan. Jika kita tidak memancarkan keyakinan, tiada gunanya walaupun item itu mahal.”
Afifah Nasir: Memanfaatkan Sepenuhnya Pakaian Versatil
Afifah memberikan tips tentang memanfaatkan sepenuhnya baju oversized, seperti dengan hanya menggulung lengan baju untuk ubah gaya. Afifah juga mencadangkan untuk memadankan skirt panjang elastik dengan kardigan dalam tona yang sama tetapi lebih cerah untuk penampilan sopan bergaya juga sesuai untuk digayakan oleh wanita hamil. Afifah juga menunjukkan pelbagai fungsi rantai leher, yang boleh digunakan sebagai gelang atau tali pinggang, menambah kilauan pada setiap pakaian. Afifah juga mencadangkan memakai baju oversized sebagai gaun untuk wanita petite, dan menekankan kepelbagaian baju tersebut untuk keperluan gaya yang berbeza. “Kepelbagaian adalah segalanya. Dengan beberapa keping pakaian asas, anda boleh mencipta pelbagai gaya yang sesuai untuk sebarang majlis. Baju ‘oversized’, sebagai contoh, boleh digayakan dalam pelbagai cara, menjadikannya pakaian asas sesuai untuk semu.”
Bella Astillah: Gaya Sebagai Ekspresi
Bella menunjukkan gaya retro dengan menggayakan tudung satin bunga dan dipakai di bahu, sesuai dipakai dengan dress hitam. Bella juga mencadangkan untuk memadankan skirt kargo elastik dengan poket bersama T-shirt oversized, melengkapkan gaya dengan beg korduroi untuk hari santai. Bella juga memberikan nasihat tentang penggunaan bandana secara kreatif, seperti melilitnya pada seluar untuk ‘twist’ pakaian. Beliau juga menunjukkan teknik lapis pakaian, memadankan skirt berlipat dengan blazer oversized dan baju turtleneck untuk penampilan bergaya ke pejabat, dan menekankan bahawa fesyen mampu milik boleh kelihatan mahal dengan pendekatan gaya yang betul. “Bagi saya, harga tidak menentukan apa-apa. Walaupun item pakaian itu paling murah daripada yang lain, selagi anda tahu cara menggayakannya, anda akan kelihatan mahal. Gaya adalah ekspresi, dan fesyen mampu milik membolehkan semua orang kelihatan bergaya dan unik.”
Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Matlamat kami dengan 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul adalah untuk memperkasakan wanita Malaysia dengan pilihan fesyen mampu milik dan versatil. Dengan bekerjasama dengan PKS tempatan, kita bukan sahaja menyokong perniagaan tempatan tetapi juga menyediakan pelanggan kami dengan pilihan bergaya dan berkualiti tinggi sesuai untuk semua saiz dan tona kulit. Nantikan lebih banyak lagi tentang fesyen terkini dan tips gaya inovatif dari Shopee.”
Dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma, pembeli tidak perlu risau tentang pemulangan atau penghantaran. Jika barang yang dibeli tidak sesuai atau tidak sesuai dengan gaya pembeli, item boleh dikembalikan untuk bayaran balik sepenuhnya tanpa soal*, dengan pilihan pemulangan yang mudah termasuk perkhidmatan pengambilan dan lokasi drop-off berdekatan. Selain itu, Jaminan Tepat Waktu Shopee memastikan item fesyen tiba tepat pada waktunya, dan jika bungkusan lewat, pembeli akan menerima baucar Jaminan Tepat Waktu*. Jadi, pembeli boleh fokus sepenuhnya untuk tampil bergaya dengan penuh keyakinan dan mudah.
Rakyat Malaysia yang berminat boleh menonton ulang tayang 6.6 #ShopeeHaul oleh selebriti dan pempengaruh di saluran Shopee Mamak di Shopee Live.
Leave a comment