AMBM @ MY LNA

Melaka atur strategi erat persahabatan Malaysia-China

146
AB Rauf ketika menyempurnakan gimik perasmian Pertunjukan Fesyen Tradisional Malaysia-China 2024. Foto Amin Jenal / Pejabat Ketua Menteri

Oleh LIANA SAHABUDIN/MELAKA HARI INI

BANDARAYA MELAKA 13 Jun 2024 – Kerajaan Negeri mengatur strategi berterusan bagi melestarikan persahabatan Malaysia dan China yang mencapai usia 50 tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, strategi itu dilaksanakan menerusi pelbagai aspek seperti seni dan budaya, ekonomi serta lain-lain untuk manfaat bersama.

“Saya menyeru kepada semua untuk bersama menggalas tanggungjawab, sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, negeri mahupun dalam kalangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program-program pemerkasaan budaya.

“Program kebudayaan dapat memperkukuh nilai kebersamaan dan permuafakatan sedia ada di samping menyemarakkan lagi keunikan masyarakat majmuk di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertunjukan Fesyen Tradisional Malaysia-China 2024 di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Kerk Chee Yee; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Penaung Persatuan Penerangan Budaya Tradisional Cina, Low Chee Leong dan Setiausaha Persatuan Penerangan Budaya Tradisional Cina, Koh Boon Wah.

Ab Rauf berkata penganjuran program kebudayaan itu sekali gus mengangkat martabat Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan seni dan budaya.

“Pada majlis ini kita juga dipersembahkan dengan persembahan istimewa khas oleh Pusat Kesenian dan Kebudayaan Nine Realms di Nanjing, China bagi memperagakan
tujuh jenis ceongsam tradisional.

“Generasi muda khususnya dalam kalangan kaum Cina perlu didedahkan dengan warisan pakaian seumpama ini untuk mengekalkan budaya warisan kaum agar kekal subur meredah zaman,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

Pulangan Menarik Hektar REIT kepada Pemegang Saham Diiktiraf di Centurion Club Awards 2024

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2024  – Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...