BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiada isu berkaitan program taklimat permohonan kewarganegaraan – Sheikh Umar

515

JOHOR, 9 Jun 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali meyifatkan tiada sebarang isu yang berbangkit berkaitan program taklimat dan penerangan permohonan kewarganegaraan yang melibatkan ADUN Stulang Andrew Chen.

Kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, program yang dianjurkan oleh Andrew tidak bersalahan dengan undang-undang. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan.

“Menjadi seorang wakil rakyat, kita sering dihujani dengan pelbagai aduan. Ini termasuklah berkaitan isu-isu status kewarganegaraan, permohonan sijil kelahiran dan seumpamanya. Isu-isu ini timbul antaranya disebabkan kecuaian ibu bapa, status perkahwinan, pengambilan anak angkat dan sebagainya.

Sebagai contoh, seorang bapa warganegara Malaysia berkahwin dengan wanita warganegara luar. Atau sesetengah pasangan yang berhadapan isu perkahwinan tidak sah taraf dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Isu seperti ini bukan rahsia, bukan juga isu terpencil atau perkara luar biasa. Saya juga pernah mengendalikan isu seumpama ini semasa menjadi wakil rakyat kawasan Paloh. Bahkan pada masa ini juga, ada rakyat yang masih mencari saya untuk memohon nasihat serta panduan bila berhadapan isu yang sama.” kata Sheikh Umar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Beliau turut berkongsi bagaimana beliau membantu mengendalikan kes pasangan ibu bapa Melayu warganegara Malaysia yang mengambil anak angkat berstatus Indonesia. Anak angkat tersebut tidak memiliki sijil kelahiran Malaysia. Pasangan tersebut berhadapan masalah kewangan kerana kos biaya pendidikan yang tinggi manakala anaknya mengalami tekanan emosi dari rakan sebaya.

“Saya telah membimbing mereka satu persatu termasuk proses melengkapkan dokumen agar memenuhi keperluan syarat-syarat yang digariskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan anak tersebut membuat permohonan sijil kelahiran Malaysia.

Ia bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya juga memakan masa yang panjang. Apapun, kita bukan mahu melanggar undang-undang. Kita sebenarnya membantu rakyat untuk mengambil langkah yang sewajarnya mengikut peruntukan serta lunas undang-undang ditetapkan.

Kesan dari isu-isu seperti ini telah menyukarkan para pemohon daripada mendapat akses kepada pendidikan, persekolahan, pekerjaan, perlesenan dan sebagainya. Keadaan ini merisikokan berlakunya kes jenayah dan masalah sosial dikalangan rakyat. Sedangkan, disana telah wujud garis panduan oleh pihak berkuasa dan jabatan berkaitan khususnya bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengendalikan isu ini mengikut peraturan dan perundangan ditetapkan.” katanya.

Beliau amat sedih apabila mendapati ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan mengheret isu tersebut ke kancah sempit perkauman. Beberapa kupasan di media sosial misalnya yang cuba menyelirukan isu itu dengan mengaitkan ia sebagai usaha menyalahguna kuasa untuk memberikan kewarganegaraan kepada bangsa asing.

“Lebih melampau, ada yang cuba menggambarkan ia sebagai tindakan menjual kedaulatan negara dengan mengambil alih tugas JPN atau KDN. Hal ini sepatutnya tidak timbul kerana kita hanya bertindak sebagai jambatan pemudahcara kepada rakyat.

Sekali lagi saya tegaskan, isu ini bukan perkara baharu. Apatah lagi dihadapi oleh pejabat-pejabat wakil rakyat. Melainkan anda seorang wakil rakyat pemalas atau sejenis YB yang ‘memilih bulu’ tiap kali menerima kes aduan rakyat!” tegasnya.

    Leave a comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Related Articles

    AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

    Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

    Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

    AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

    Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

    PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

    AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

    Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

    Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...