KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 – Kepada semua pencinta fesyen! Bersiap sedia untuk memperbaharui pakaian anda kerana Shopee telah melancarkan tawaran fesyen terhangat tahun ini dengan 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun, jualan fesyen terbesar yang pernah diadakan oleh Shopee! Berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2024, Shopee menjanjikan pengalaman fesyen yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen trendy, tawaran hebat, dan pengalaman membeli-belah lancar—semua di hujung jari anda.
Tawaran Hebat & Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Jom membeli-belah gaya terhangat tanpa risau! Sepanjang kempen, Shopee akan memberi baucar Penghantaran Percuma setiap hari supaya anda boleh mendapatkan trend terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Keperluan Fesyen RM1 dengan Tawaran Fesyen Super Seringgit!
Kempen ini menawarkan Tawaran Fesyen Super Seringgit setiap hari. Tandakan kalendar anda kerana setiap hari pada pukul 12 tengah hari, anda boleh mendapatkan diskaun hebat untuk pelbagai barangan trendy, daripada kasut statement dan beg tangan chic ke baju trendy dan aksesori bergaya. Jangan terlepas – tetapkan peringatan anda untuk pukul 12 tengah hari setiap hari!
Beli-belah Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma – Tanpa Soal*
Tidak perlu gusar tentang risiko membeli barangan fesyen semasa 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun! Beli pakaian trendy dan banyak lagi tanpa risiko dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma Shopee. Ciri hebat ini membolehkan anda memulangkan apa sahaja barangan yang tidak sesuai atau tidak menepati gaya anda untuk mendapat wang kembali sepenuhnya, tanpa soal*! Nikmati proses pemulangan yang mudah dengan pilihan pengambilan barangan dari rumah, drop-off di lokasi yang ditetapkan, atau susun sendiri penghantaran balik kepada penjual.
Fesyen Tepat Waktu, Setiap Waktu: Jaminan Tepat Waktu dengan Shopee
Shopee memastikan barangan fesyen anda tiba dalam Tempoh Penghantaran yang Dianggarkan dengan Jaminan Tepat Waktu. Jika bungkusan anda dihantar lambat, anda akan menerima baucar Jaminan Tepat Waktu*. Beli-belah dengan yakin kerana Shopee mengutamakan penghantaran tepat waktu supaya anda boleh fokus untuk tampil hebat dengan gaya baru anda.
Beli-belah #ShopeeHaul GayaLitLit: Memperkasa Penjual Tempatan & Wanita Muslim
Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga fesyen Muslimah SME untuk mencipta koleksi kapsul 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul, menyokong penjual tempatan, dan meningkatkan keyakinan wanita di seluruh negara. Menampilkan pelbagai gaya di bawah RM40, koleksi ini termasuk gaya utama seperti ‘Sis Ranggi’ untuk gaya edgy, ‘Everyday Cantik’ untuk penampilan chic dan ‘Anggun Bergaya’ untuk sentuhan elegan, sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz. Bekerjasama dengan jenama seperti M2 Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, Shopee menawarkan pakaian yang boleh digayakan berulang kali untuk pelbagai penampilan kohesif, sesuai untuk sebarang majlis. Inisiatif ini, sebahagian daripada 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. Beli koleksi #ShopeeHaul di Shopee Fesyen.
Menangi Sehingga RM3,000 Tunai dengan 6.6 #ShopeeHaul di Shopee Live
Bukan itu sahaja – tingkatkan lagi minat fesyen anda dengan menonton Shopee Mamak di Shopee Live dari 31 Mei hingga 6 Jun 2024. Dapatkan nasihat gaya harian dari pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, dan sertai rancangan permainan fesyen menarik di mana anda boleh memenangi sehingga RM3,000 tunai! Setiap episod menampilkan #ShopeeHaul selama 30 minit dengan tips gaya dan demo pakaian, diikuti dengan permainan fesyen di mana penonton boleh menelefon dan memilih pakaian yang mengandungi sampul surat dengan jumlah wang tunai berbeza untuk dimenangi.
Tingkatkan Gaya Hidup Anda: Menang Hadiah Utama – Ora Good Cat pada 6.6!
Dari 31 Mei hingga 6 Jun, dapatkan trend terhangat sambil berpeluang memenangi kereta elektrik Ora Good Cat! Hanya dapatkan kod unik dari laman mikro peraduan dan beli-belah di Shopee Live. Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang anda untuk memandu kereta elektrik ini! Mana tahu, boleh sedondon dengan pakaian baharu anda nanti!
Ansuran 0% untuk Barangan Fesyen dengan SPayLater di Shopee Mall!
Beli gaya asli dari lebih 5,000 jenama dipercayai di Shopee Mall dan nikmati ketenangan fikiran dengan 15 Hari Pemulangan Percuma. Tambahan lagi, anda boleh menikmati ansuran 0% menggunakan SPayLater. Temui tawaran hebat trend terkini dari jenama kegemaran anda dan nikmati pembelian fesyen tanpa risiko! Beli sekarang, bayar kemudian, dan tampil hebat dengan 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun dengan Shopee Mall!
Tawaran Knockout 6.6 & 12AM Malam Mania Mega: Eksklusif pada 6 Jun!
Jangan lepaskan Tawaran Knockout RM6 eksklusif pada pukul 12 tengah malam dan 10 malam pada 6 Jundi mana anda boleh mendapatkan diskaun hebat untuk barangan fesyen terpilih. ‘Add to cart’ barangan kegemaran anda dari 31 Mei hingga 5 Jun, dan ‘checkout’ pada 6 Jun untuk mendapatkan barangan diskaun pada harga RM6! Untuk yang berjaga malam, Shopee ada 12AM Malam Mania Mega pada 12 tengah malam yang membawakan tawaran kejutan setiap 10 minit.
Destinasi Fesyen Utama Anda
Dengan membeli-belah tanpa risau dengan Penghantaran Percuma setiap hari, pemulangan mudah dengan 15 Hari Pemulangan Percuma Shopee, dan ketenangan fikiran dengan Jaminan Tepat Waktu, 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun mengutamakan pengalaman membeli-belah anda. Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama anda untuk pembelian barangan fesyen berbaloi dan tanpa risau. Jangan lepaskan peluang hebat ini.
Layari https://shopee.com.my/m/6-6 untuk ekstravaganza fesyen – Shopee 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun!
Leave a comment