Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada pukul 3:53 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 3:53 pagi, 28 Mei 2024 |
Koordinat | : 10.6° Selatan 111.2° Timur |
Lokasi | : Selatan Jawa, Indonesia |
Magnitud | : 5.1 |
Jarak | : 295km Selatan dari Blitar,Indonesia |
Kedalaman | : 25 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Leave a comment