KUALA LUMPUR, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua kawasan-kawasan yang terjejas berikutan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam telah pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 28 Mei 2024 (Selasa).
“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Air Selangor, para ngguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Leave a comment