Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia

304

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 – Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.*

Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa risau. Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segara, dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri (self-collection point) Shopee buat rakyat Malaysia. Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan 15 Hari Pemulangan Percuma – Tanpa Soal* di mana pemulangan barangan yang layak dari seluruh kategori produk juga disebabkan ubah fikiran terhadap diterima sepanjang 15 Hari Jaminan Shopee.

“Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live di mana penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal,” jelas Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. “Penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa berstrim langsung secara aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.”

“Dalam bekerjasama dengan  M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian,” komen Ming Kit. “Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya.”

Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz. Koleksi  GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang ‘in’ pada musim ini, menurut penggaya fesyen Shopee. Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. Gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’  boleh dicapai dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu. Gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ boleh dicapai dengan dress maxi bersama selendang.

Selanjutnya, saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei ke 6 Jun 2024 kepada wanita Muslimah seluruh negara. Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang menang RM3000 tunai.

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga dari RM1 – RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...