BM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe NewswireNiaga @ My LNA

Banle Energy International Limited Bekerjasama dengan Cargill untuk menyertai pelayaran sarat berjaya yang dilakukan oleh Tata Steel

138
Bahan api bio dihantar ke MV. Cape XL di pelabuhan di Guangzhou, China.

HONG KONG, May 20, 2024 – Banle Energy International Limited, syarikat subsidiari Hong Kong untuk Banle Group (NASDAQ: BANL), syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik, teruja untuk menyertai pelayaran sarat yang berjaya dari Gladstone ke Paradip yang dilakukan oleh Kumpulan Tata Steel (“Tata Steel”), yang dilengkapkan pada 8 Mei. Pelayaran ini dijayakan menerusi usaha kerjasama, dengan bekalan 1,000 MT bahan api bio B24 yang dibekalkan dengan kerjasama Cargill International SA. (“Cargill”) dan China Shipping & Sinopec Suppliers Company Limited (“Sinobunker”). Khidmat pengisian bahan api B24 ini dilakukan pada 15 Mac 2024 di sebuah pelabuhan di Guangzhou, China.

Tata Steel ialah salah satu peneraju pengeluar keluli dunia dengan operasi dan kehadiran komersial merentas dunia, manakala Cargill ialah syarikat global terkemuka yang mengkhusus dalam bahan makanan, penyelesaian pertanian dan produk industri lestari.

Pencapaian ini menandakan perkhidmatan pertama kami mengisi bahan api bio B24 yang dibekalkan kepada Cargill, yang menyokong perasmian bekalan pengisian bahan api bio B24 mereka di China dan melanjutkan usaha pendekarbonan mereka.

Dengan kejayaan bekalan bahan api bio B24, kami kekal komited untuk mengambil peluang dalam mempromosikan bahan api alternatif bagi industri perkapalan. Melancarkan penggunaan bahan api alternatif juga akan membantu pemilik kapal untuk menambah baik penilaian penanda keamatan karbon (CII) kapal mereka, iaitu ukuran standard yang telah dibangunkan oleh IMO untuk menilai kecekapan tenaga dan pengeluaran karbon kapal.

Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif kami meluahkan rasa gembira dengan kenyataan berikut: “Kami teruja untuk menyokong Tata Steel dan Cargill dalam menyediakan khidmat pengisian bahan api bio B24. Ini menandakan kerjasama pertama kami dengan Tata Steel dan bekalan pengisian bahan api bio B24 kami yang pertama kepada Cargill di China.”

Kumpulan Banle kekal berdedikasi untuk menyampaikan perkhidmatan pengisian yang luar biasa bagi memenuhi keperluan industri maritim yang berkembang. Semasa kami menumpukan pada mengembangkan operasi kami di Eropah, kami terus menjalin perkongsian strategik dan meneroka peluang baharu untuk menyediakan penyelesaian yang cekap dan boleh dipercayai.

Related Articles

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 8 Julai –...

BusinessGlobe NewswireLNA World

Coffee With Q Show by Qamar Zaman Launches Storytelling for Blockchain Projects

Coffee With Q host Zaman, interviews various projects. This platform provides verified...

Globe NewswireOther News

Best Air Filtration Tips for HVAC Engineers and Facility Managers Now Playing on YouTube by Joe Randolph Camfil

A seasoned expert with extensive experience in both HVAC equipment and air...