Globe NewswireLain-lain

Curia dan Carterra Bekerjasama dalam Simposium Biologi untuk Melanjutkan Penyelidikan Bioteknologi di Barat Laut Pasifik

119

ALBANY, New York dan SALT LAKE CITY, May 10, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) – Curia, organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak yang terkemuka dan Carterra Inc., peneraju dunia dalam antibodi daya pemprosesan tinggi bebas label serta penemuan ubat molekul kecil, hari ini mengumumkan tentang kerjasama mereka dalam mengehoskan simposium biologi daya pemprosesan tinggi yang akan diadakan pada 31 Mei di Residence Inn Marriott di Seattle, Washington.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk mempromosikan tumpuan bioteknologi yang semakin meningkat dalam rantau Barat Laut Pasifik di A.S. dan Kanada. Simposium ini akan menyatukan semua peringkat tampuk pimpinan saintifik dari komuniti bioteknologi dan farmaseutikal.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Carterra bagi menganjurkan simposium penemuan antibodi ini, yang mengumpulkan komuniti bioteknologi Barat Laut Pasifik bersama-sama dan berkongsi kemajuan terkini dalam penemuan antibodi”, kata Steve Lavezoli, Naib Presiden Biologi di Curia. “Kami juga teruja untuk berkongsi aliran kerja penemuan antibodi kami yang optimum, berkualiti tinggi dan dipacu, serta penemuan, pembangunan dan pembuatan klinikal antibodi pertama untuk manusia. Antibodi yang ditemui dan/atau direka bentuk dengan teknologi platform Curia telah ada di klinik dan kami telah melaksanakan lebih daripada 230 kempen penemuan antibodi yang telah berjaya untuk komuniti bioteknologi”.

Kelajuan, kepakaran saintifik dan kecekapan dapat mengatasi kadar keciciran tinggi penemuan antibodi awal serta mencapai penghantaran pertama dalam pasaran terapeutik baharu. Simposium ini akan menyerlahkan platform teknologi dan perkhidmatan berintegrasi Curia yang memfokuskan pada pembangunan sistem tikus dipertingkat untuk generasi antibodi dan penapisan sel B tunggal daya pemprosesan tinggi. Gabungan penjujukan generasi akan datang (NGS) dan pengeluaran rekombinan pantas bagi kuantiti miligram kepada gram antibodi monoklonal (mAb) yang telah ditulenkan akan mempercepatkan pengenalpastian petunjuk calon pembangunan secara signifikan.

Sejak tahun 2017, Carterra telah menjual biosensor daya pemprosesan tinggi LSA® yang berkuasa untuk menganalisis dan mencirikan antibodi menggunakan Resonans Plasmon Permukaan (SPR). Dengan pelancaran platform LSAXT Carterra tahun lalu, Carterra kini menawarkan produk yang boleh melaksanakan analisis molekul kecil serta penemuan antibodi. Platform LSA telah dipaparkan dalam beberapa penerbitan tinjauan setara dalam Science, Nature dan Cell, memperincikan laluan bagi beberapa terapeutik yang memasuki percubaan klinikal. Di simposium, beberapa saintis terkemuka dalam farmaseutikal akan berkongsi cerapan mereka tentang bidang penemuan ubat khusus mereka dan akan menekankan tentang impak transformasi dalam teknologi HT-SPR berintegrasi, AI/ML dan teknologi baharu lain.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Curia dalam simposium kami. Simposium Carterra ialah acara saintifik yang kami anjurkan setiap tahun merentas A.S. dan Eropah,” kata Chris M. Silva, Naib Presiden Pemasan dan Produk di Carterra. “Simposium ini membantu kami untuk berkongsi kemajuan teknologi terkini dan data penting yang dijana daripada aliran kerja para saintis menggunakan platform bebas label Carterra. Yang datang ke Barat Laut Pasifik ialah suatu peluang untuk mendapatkan pemahaman teknologi yang lebih mendalam dalam farmaseutikal dan bioteknologi di rantau ini.”

Klik di sini untuk RSVP acara ini. Pendaftaran diperlukan kerana tempat duduk adalah terhad.

Perihal Curia:
Curia merupakan sebuah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak (CDMO) yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman, dengan rangkaian bersepadu 27 buah tapak global dan lebih daripada 3,500 pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan Biofarmaseutikal untuk membawakan terapi yang mengubah hidup ke pasaran. Tawaran biologi dan molekul kecil kami merangkumi penemuan melalui pengkomersilan, dengan keupayaan kawal selia dan analisis bersepadu. Pakar saintifik dan proses serta kemudahan terkini kami memberikan pengalaman terbaik di seluruh pembuatan bahan ubat dan produk ubat. Daripada rasa ingin tahu hingga rawatan, kami memberikan setiap langkah untuk menambah baik kehidupan pesakit. Lawati kami di curiaglobal.com.

Perihal Carterra, Inc.:
Carterra, Inc. ialah syarikat pemilikan persendirian. Teknologi HT-SPR Carterra menyediakan daya pemprosesan dan fungsi penyaringan serta pencirian yang diskalakan dengan aplikasi tahap omik, yang menyingkatkan kerja yang memerlukan masa berbulan-bulan kepada beberapa hari kepada pelanggan penemuan ubat molekul besar dan molekul kecil. Penyelesaian kami telah mendayakan berbilang penyelidikan terapeutik dan perintis serta membantu penyelidik akademik dan translasi serta syarikat biofarmaseutikal dalam onkologi, imunologi, neurosains dan banyak lagi. Carterra berpangkalan di Salt Lake City, Utah dan mempunyai Pusat Pengalaman Pelanggan di San Francisco, Salt Lake City, Boston, Manchester, England dan Munich, Jerman. Produk Carterra tersedia di Asia Pasifik dan Oceania menerusi pengedar eksklusif kami, Revvity. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.carterra-bio.com atau hubungi kami di LinkedIn atau X (Twitter).

Maklumat Hubungan Curia:
Viana Bhagan
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com

Hubungan Media Carterra:
Cheri Salazar
(408) 594-9400
csalazar@carterra-bio.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/020a0a28-86f0-4f6c-96f2-0eaa01c82784

Member