Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 3:45 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 3:45 petang, 10 Mei 2024 |
Koordinat | : 24.2° Utara 121.9° Timur |
Lokasi | : Rantau Taiwan |
Magnitud | : 5.7 |
Jarak | : 91km Tenggara dari Taipei,Taiwan |
Kedalaman | : 11 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment