Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia pada pukul 2:33 pagi hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 3.4° Selatan dan 131.0° Timur dengan kedalaman 50 km. 278km Selatan dari Sorong, Indonesia.
Kata MET Malaysia lagi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Selepas kejadian tersebut berlaku satu kejadian gempa bumi sederhana di kawasan itu pada jam 4:37 pagi, di kedudukan 3.3° Selatan 130.9° Timur dengan kedalaman 274km Selatan dari Sorong, Indonesia.
Juga, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Leave a comment