AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

981

Oleh : JomCheck

Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj denda satu peratus setiap hari jika pengguna tidak membuat pembayaran pada waktu yang ditetapkan.

Ia turut menyertaan ‘kiraan’ caj lewat bayar iaitu jumlah bil yang perlu dibayar akan didarab dengan peratusan yang mengikut hari bayaran lewat. Sebagai contoh, sehari lewat satu peratus dan lima hari lewat lima peratus.

Semakan JomCheck mendapati TNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook rasmi mereka (TNB Careline) bagi menepis dakwaan berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai sebaran informasi palsu.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Formula sebenar caj lewat bayar oleh TNB dikira berdasarkan satu peratus daripada jumlah bil tertunggak didarab dengan jumlah hari tunggakan yang kemudiannya dibahagi dengan 30 hari.

Sumber:
Laman Facebook Rasmi TNB Careline: https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/adakah-anda-menerima-maklumat-palsu-mengenai-surcaj-lewat-bayar-sebanyak-1-diken/805670058258224/

Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225510/tnb-nafi-maklumat-tular

Beberapa isi tambahan berkenaan isu ini adalah:

a. Dakwaan sama juga pernah tular pada tahun 2019 dan TNB Careline telah menyangkalnya.
b. Jumlah surcaj sebenar kepada dakwaan yang tular hanyalah 83 sen untuk 5 hari tunggakan (dengan jumlah bil RM 500 sebulan) dan bukannya RM 5 sehari (RM 25 untuk 5 hari) seperti yang didakwa.
c. Sebagai alternatif untuk mengelakkan berlakunya pembayaran lewat, TNB menasihatkan pengguna untuk mengguna fasiliti pembayaran AutoPay atau Direct Debit.
d. Pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi myTNB untuk memantau pemakluman berkenaan bil elektrik rumah dengan mudah.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...