Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:21 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 2:21 pagi, 27 April 2024 |
Koordinat | : 24.2° Utara 121.7° Timur |
Lokasi | : Rantau Taiwan |
Magnitud | : 5.5 |
Jarak | : 80km Timur dari Taichung,Taiwan |
Kedalaman | : 30 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment