Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:11 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 2:11 pagi, 25 April 2024 |
Koordinat | : 24.1° Utara 122.2° Timur |
Lokasi | : Rantau Taiwan |
Magnitud | : 5.1 |
Jarak | : 122km Tenggara dari Taipei,Taiwan |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment