KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengambil serius ciapan yang dimuatnaik oleh pemegang akaun X @HezeriSamsuri pada 12 April 2024 (Jumaat).
Menerusi hantaran tersebut, beliau menyatakan kekecewaan berkenaan situasi trafik di Laluan Persekutuan FR 12 terutamanya sewaktu melintasi jambatan Bailey yang mendap di Seksyen 102 semasa musim perayaan Aidilfitri.
Janbatan Bailey sementara di laluan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat ni mendap.
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) April 12, 2024
Banyak bumper kereta tercabut katanya.
Jem tak payah la cerita dan satu kelibat manusia dari kontraktor sampai ke agensi berkaitan pun tak ada.
Cuti betul ya Pahang.
Laluan ni memang… pic.twitter.com/Ov70aiM7f5
Dalam satu kenyataan hari ini, JKR memaklumkan bahawa Jambatan Bailey di lokasi tersebut telah dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari 2024 yang bertujuan untuk menghubungkan jalan
terputus akibat banjir pada awal Januari yang lalu.
“Hasil pemantauan di tapak mendapati, jumlah kenderaan berat yang tinggi terutamanya melibatkan kenderaan berat melebihi had muatan 20 tan telah mengakibatkan kerosakan plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju.
Mengambil kira aliran trafik semasa yang tinggi, kerja pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim
perayaan berikutan pembaikan jambatan Bailey akan melibatkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi tersebut. Dalam masa yang sama, JKR Negeri Pahang telah memasang lampu solar di sekitar laluan yang telah dikenalpasti sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.
Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan asal yang telah runtuh pada awal Januari 2024 yang lalu.” kata JKR.
Justeru, semua pengguna di laluan tersebut dimohon agar bersabar, berhati-hati serta mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
“JKR Malaysia juga memohon agar semua pengguna jalan raya terutamanya kenderaan berat agar mematuhi had uatan yang telah ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan bersama.” ujar JKR.
Leave a comment