Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 12:41 pagi hari ini. Semalam ia berlaku pada jam 2:26 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 12:41 pagi, 14 April 2024 |
Koordinat | : 1.9° Utara 126.4° Timur |
Lokasi | : Utara Laut Maluku |
Magnitud | : 5.3 |
Jarak | : 145km Timur dari Bitung,Indonesia |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment