CYBERJAYA, 12 April 224 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun media sosial MyNewsHub untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
“Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam, video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.” kata MCMC.
MCMC turut mengingatkan orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.
Leave a comment