AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

323
Timbalan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying. Foto Screenshot Youtube Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Ia dikenakan kepada mana-mana individu yang disenarai hitam atau mempunyai tunggakan hutang dan cukai.

Menurut Timbaln Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Negara hari ini, sejak mula dikuatkuasakan dan sehingga 29 Februari 2024, terdapat sebanyak 182,666 bilangan kes sekatan perjalanan ke luar negara yang telah dilaksanakan oleh LHDNM.

Katanya jumlah itu melibatkan sebanyak 171,571 bilangan kes individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala sebanyak 11,095 kes adalah bagi individu yang mempunyai tunggakan cukai keuntungan harta tanah.

“Secara umumnya sebelum tindakan sekatan perjalanan dikuatkuasakan, pihak LHDNM akan melaksanakan tindakan awal kepada pembayar cukai yang mempunyai tunggakan dengan menghantar beberapa surat peringatan mengenai tuntutan bayaran tunggakan cukai dan mengeluarkan e-mel pemakluman tunggakan cukai serta menghubungi dengan panggilan telefon kepada pembayar cukai yang terlibat. Namun kegagalan menyelesaikan bayaran tunggakan cukai mengikut tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan pembayar cukai berdepan dengan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Bagi mengelakkan urusan ke luar negara terganggu disebabkan kesalahan tidak membayar tunggakan cukai kepada Kerajaan, LHDNM melalui pelbagai platform sentiasa menasihati semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara.

Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai melalui portal MyTax, selain membuat semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya terdapat sekatan yang dikuatkuasakan oleh lain-lain agensi.” kata Hui Ying.

Tambah beliau, sekiranya pembayar cukai disekat semasa di lapangan terbang, pegawai imigresen akan merujuk pembayar cukai kepada pegawai perhubungan awam LHDNM untuk mengambil tindakan bagi tujuan pelepasan ke luar negara. Berdasarkan hasil rundingan antara pembayar cukai dan pegawai perhubungan awam LHDNM, pelepasan akan diberikan dengan segera selepas kaedah penyelesaian tunggakan cukai dipersetujui, sama ada pembayaran sebahagian atau sepenuhnya.

Bagi mana-mana pembayar cukai yang mempunyai rekod tunggakan cukai dan telah dikenakan tindakan sekatan perjalanan, pembayar cukai tersebut dinasihatkan untuk menghubungi pejabat LHDNM yang mengendalikan fail cukai agar penyelesaian yang terbaik dapat dicapai dan seterusnya membolehkan mereka membuat perjalanan ke luar negara.

“Kesimpulannya, tindakan pengenaan sekatan perjalanan ini bukan bertujuan untuk menafikan hak sesiapa untuk bergerak, namun ia dilaksanakan sebagai salah satu medium memberikan keadilan kepada pembayar cukai yang patuh sekali gus untuk menjamin tidak berlaku ketirisan hasil negara. Ia juga sebagai langkah untuk melahirkan komuniti pembayar cukai yang patuh dan bertanggungjawab yang berkongsi kemakmuran mereka dalam usaha secara bersama-sama membangunkan negara.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...