AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Pahang anjur Jualan Makmur Aidilfitri 2024

371

PAHANG, 30 Mac 2024 – Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menganjurkan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Jualan Makmur tersebut akan diadakan selama 5 hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 yang melibatkan beberapa premis (pasaraya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang.

Katanya lagi, menerusi Jualan Makmur ini juga, barangan keperluan dijual dan disubsidi (ditanggung oleh Kerajaan Negeri) antara 15 hingga 30 peratus daripada harga jualan asal.

“Penganjuran Jualan Makmur ini diselaraskan oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Tuan Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasaraya-pasaraya yang terlibat.

Saya berharap agar rakyat Pahang mengambil peluang ini untuk bersama-sama menjayakan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 yang sudah pastinya akan memberi manfaat kepada semua.” ujar Wan Rosdy.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...