AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

339

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pekerja asing dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 27 Mac 2024 di Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 1.30 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato’ Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Rentetan itu, pasukan operasi telah menahan dua orang suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 50 hingga 52 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’.

“Hasil semakan awal mendapati suspek adalah warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap (PR) dan warganegara Bangladesh yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sahlaku. Kedua-dua suspek ini telah berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM91,550.00, 12 naskhah pasport Bangladesh, senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) dan tiga unit telefon bimbit.” kata Ruslin.

Mengulas lanjut Ruslin berkata bahawa modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan mensasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.

Katanya lagi, sindiket tersebut menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama satu tahun. Bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini di antara RM1,500.00 hingga RM2,000.00.

“Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Seramai dua orang lelaki dan seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...