Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi.
Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 4:53 petang, 22 Mac 2024 |
Koordinat | : 6.0° Selatan 112.4° Timur |
Lokasi | : Laut Jawa |
Magnitud | : 6.4 |
Jarak | : 141km Utara dari Surabaya,Indonesia |
Kedalaman | : 14 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment