AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

432

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina

SLIM RIVER, 20 Mac 2024 – Semua kalangan masyarakat berhak menerima pendidikan yang sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga banyak mengambil langkah baru dalam memastikan masyarakat orang asli tidak mengalami keciciran dan dapat belajar dengan sejahtera di sekolah.

Bagi menyokong aspirasi KPM, UPSI bekerjasama dengan Yakult, PPD Muallim dan Pusat Kesihatan Muallim dalam menganjurkan program Back to school yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River.

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan diantara UPSI dan masyarakat orang asli.

“Program sebegini bertujuan melahirkan rasa tanggungjawab sosial untuk bersama memberikan sesuatu yang bermanfaat dalam komuniti setempat. Sikap ambil peduli dan ganding bahu perlu kita tanam untuk membangun masyarakat madani dan menerajui kecemerlangan intelek bagi anak-anak orang asli”. katanya.

“UPSI pastinya akan sentiasa menyokong dalam bersama-sama membangun kebitaraan pendidikan di Malaysia. Dengan kepakaran dalam pelbagai bidang, sudah pasti UPSI akan terus bersama masyarakat untuk sama-sama membangun pendidikan yang berkualiti tanpa menilai latar belakang, kaum dan nilai perbezaan.”

Kelestarian dalam menghidupkan kecemerlangan pelajar dari kalangan orang asli menjadi tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang ada di daerah pedalaman.

Guru besar SK Pos Bersih, Cikgu Mohd Shah Md Nor menzahirkan rasa syukur dan senang apabila UPSI bersama-sama dengan rakan kolaborasi hadir ke sekolah dan membawa warna baru dalam suasana persekolahan anak orang asli.

“Melihat kerjasama ini, membuatkan kami warga pendidik akan berusaha memberikan yang terbaik dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

Dalam program ini, murid orang asli mendapat pendedahan berkaitan kebersihan diri, kesihatan tubuh badan dan imunisasi dalam mengelakkan diri dari terkena penyakit berjangkit. Dalam pada itu juga, seramai 14 anak orang asli yang terpilih menerima sumbangan alat persekolahan dan suntikan motivasi bersemangat hadir ke sekolah.

UPSI akan sentiasa komited dalam melestarikan budaya cemerlang di kalangan mahasiswa untuk terus menabur bakti dalam membangun masyarakat yang gemilang disamping membentuk jati diri mahasiswa untuk terus unggul dan menjadi penerus bangsa yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi dan berwawasan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...