Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 8:24 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 8:24 pagi, 29 Februari 2024 |
Koordinat | : 8.6° Utara 126.9° Timur |
Lokasi | : Mindanao, Filipina |
Magnitud | : 5.4 |
Jarak | : 72km Tenggara dari Gingoog City,Filipina |
Kedalaman | : 87 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment