AMBM @ MY LNAUTAMA

ikhlas.com anjur agihan fidyah terbesar di Perlis

252

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis.

Buat julung-julung kalinya, ikhlas.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mengenal pasti para penerima yang layak dan mengagihkan kutipan dana IKHLAS Fidyah dengan telus dan efisyen.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, ikhlas.com amat bersyukur kerana dapat meneruskan komitmen kepada komuniti Islam dengan mengagihkan kutipan IKHLAS Fidyah 1444H dalam bentuk 1,000 kampit beras kepada penerima yang berhak di Perlis.”

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan IKHLAS Fidyah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Agihan beras fidyah tersebut melibatkan beberapa lokasi bermula di bangunan MAIPs, diikuti Masjid Alwi Kangar dengan hampir 500 penerima dari Pangsapuri Seri Sena Kangar dan seterusnya ke rumah-rumah asnaf yang uzur bersama Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC).

IKHLAS Fidyah merupakan salah satu perkhidmatan patuh syariah yang disediakan oleh ikhlas.com untuk memudahkan umat Islam yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu melunaskan pembayaran fidyah secara dalam talian. Selain menguruskan transaksi pembayaran dengan selamat dan mudah, ikhlas.com juga bertanggungjawab mengagihkan kutipan kepada para penerima yang berhak.

Sehingga kini, 10,000 pengguna telah melunaskan pembayaran dalam talian menerusi IKHLAS Fidyah melibatkan kutipan kira-kira RM320,000 dengan lebih 5,000kg beras fidyah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk membuat pembayaran atau maklumat lanjut tentang IKHLAS Fidyah dan perkhidmatan gaya hidup Islam ikhlas.com yang lain, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...