Palestin adalah tanah dan negeri yang sangat istimewa. Gambar oleh Raimond Klavins - Unsplash

Oleh: Rusli Abdul Roni

Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun (Surah al-Ahzab: 23).

Rusli Abdul Roni

Kita baru saja meninggalkan bulan Rejab, bulan yang amat sinonim dengan bumi barakah Palestin, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, tapak mikraj Baginda Nabi SAW. Tanah pendaratan kefarduan solat lima waktu di bumi. Kefarduan yang dijemput khusus dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj mukjizat agung Baginda Nabi SAW.

Memasuki tahun 2024, sehingga ke hari ini, kita masih disajikan berita dan perkhabaran derita saudara kita di Palestin. Baik melalui televisyen, radio, akhbar atau pun tontonan di media sosial yang begitu menyayat dan mengiris hati kita. Mengapa tidak, di era moden yang konon katanya penjajahan di atas muka bumi telah dihapuskan, namun ternyata rejim Zionis masih berleluasa menjajah bumi Palestin dan menindas rakyatnya. Malah serangan demi serangan terus dilancarkan kepada rakyat yang tidak bersalah. Ribuan nyawa rakyat Palestin telah dan akan terus menjadi korban kekejian dan kebiadaban rejim Zionis ini.

Sebagai umat Islam dan warga dunia yang prihatin, sudah tentu kita tidak akan pernah surut untuk mencintai dan membela nasib Palestin dan penduduknya. Kita juga tidak akan pernah berhenti bercakap tentang Palestin. Kita juga tidak akan mengurangkan nilai solidariti kita untuk bumi bertuah ini. Kerana Palestin bukanlah negeri biasa. Palestin adalah tanah dan negeri yang istimewa. Palestin memiliki sejarah panjang yang menjadikannya sentiasa bersemayam di hati setiap mukmin. Sebati dalam jiwa setiap muslim dan para pencinta kedamaian dan keadilan.

Mengapa perlunya kita membela dan mencintai Palestin?

Terdapat banyak sebab mengapa kita harus mencintai dan membela Palestin. Terutamanya bagi kita yang mengaku sebagai seorang muslim, pencinta kedamaian dan solidariti kemanusiaan. Berikut adalah 10 sebab yang tersebut:

Pertama, kerana di bumi Palestin itulah kukuh berdirinya Masjid al-Aqsa, masjid simbol keagungan Islam; masjid tertua di dunia selepas Masjidil Haram. Dibangunkan pertama kali oleh Nabi Adam AS 40 tahun setelah beliau membangunkan Masjidil Haram.

Kedua, sesungguhnya Masjid al-Aqsa yang berada di kota Baitulmaqdis, Palestin pernah menjadi kiblat pertama, lebih kurang selama tujuh belas bulan, setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.

Ketiga, masjid al-Aqsa yang berada di kota Baitulmaqdis, Palestin adalah titik akhir perjalanan Israk dan titik mula perjalanan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat terbesar yang Allah anugerahkan buat junjungan Nabi SAW dan umat baginda. Anugerah yang terindah yang merupakan satu cara terbaik kita berkomunikasi dan mendekatkan diri dengan Allah SWT dalam bentuk lima waktu solat fardu secara konsisten sehari semalam.

Keempat, bumi Palestin tanah ketibaan di bumi perintah dan kefarduan solat lima waktu. Ibadah yang membezakan antara mukmin dan kafir. Ibadah pembentuk dan benteng keperibadian manusia. Bahkan di sana Baginda Nabi SAW melakukan solat berjemaah mengimamkan seluruh roh para nabi dan rasul, mulai Nabi Adam AS sehingga Nabi Isa AS.

Kelima, Palestin adalah negeri para nabi dan rasul. Ramai nabi dan rasul yang pernah tinggal dan berdakwah menyebarkan Islam dan wahyu Allah SWT di sana. Antaranya Nabi Ibrahim AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Luth AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, dan nabi-nabi yang diutus oleh Allah untuk Bani Israil yang jumlahnya sangat banyak.

Keenam, di negara Palestin terdapat Kota Baitulmaqdis; tanah Mahsyar dan Mansyar (tempat dikumpulkan dan disebarkan) yang akan menjadi tempat dikumpulkannya seluruh manusia yang masih hidup di kala itu, menjelang hari kiamat.

Ketujuh, di sana jugalah Dajjal akan terbunuh di tangan Nabi Isa AS.

Kelapan, Palestin adalah sebahagian dari daratan Syam yang didoakan keberkatannya secara langsung oleh Baginda Rasulullah SAW dalam doanya “Allahumma barik lana fi shamina wa fi Yamanina” yang bermaksud; “Ya Allah, berkatilah negeri Syam dan Yaman.”

Kesembilan, kerana ramai para sahabat yang pernah berdakwah, menyebarkan syiar Islam di sana. Antaranya ‘Ubadah bin ash Shamit, Syaddad bin Aus, Usamah bin Zaid bin Haritsah, Watsilah bin al Asqa’, Dihyah al Kalbiy, Aus bin ash Shamit, Mas’ud bin Aus dan ramai lagi.

Kesepuluh, bumi barakah Palestinlah yang telah melahirkan ribuan ulama dan tokoh-tokoh ilmuan Islam ternama. Antara para ulama yang lahir atau pernah tinggal di Palestin adalah Imam Malik bin Dinar, Imam Sufyan ats-Tsauri, Imam Ibnu Syihab az-Zuhri, Imam asy-Syafie, dan ramai lagi yang lain.

Penulis merupakan Pensyarah Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Pendidikan Berterusan (CCEd), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan boleh dihubungi di rusli@uniten.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...