BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

591

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bersama rakan-rakan dari pertubuhan masyarakat sivil (CSOs), gerakan anak muda serta gerakan mahasiswa dan rakyat hari ini ingin meluahkan kekecewaan dan kemarahan berhubung perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi di negara ini.

‘Anugerah’ DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dalam kes rasuah membabitkan para elit politik sehinggalah kepada kemuncak pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak telah menyemarakkan api kemarahan rakyat.

Ditambah pula dengan kegagalan pihak kerajaan untuk bersikap telus mengenai saranan yang diajukan kepada Lembaga Pengampunan, hal ini menunjukkan bahawa hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tidak dihormati.

Ini seolah memberi gambaran bahawa janji dan komitmen reformasi termasuk untuk membanteras rasuah dan pelakunya tidak lebih hanya sekadar menjadi halwa telinga semata-mata.

Situasi ini mengisyaratkan bahawa rakyat tidak lagi boleh berdiam diri membiarkan agenda reformasi institusi dan reformasi politik negara tersasar.

Susulan perkembangan terkini dalam kes Najib Razak, kekhuatiran paling utama adalah sekiranya mandat rakyat yang berbaki empat tahun untuk kerajaan sedia ada akan berlalu secara sia-sia, tanpa sebarang pelaksanaan perubahan struktural yang positif membabitkan aspek pilihan raya, agenda melawan rasuah, serta agenda reformasi institusi yang lain.

BERSIH menegaskan, negara kita Malaysia kini sedang meniti tempoh genting proses transisi pendemokrasian yang mewajibkan semua pihak untuk senada merealisasikan agenda Reformasi 100 peratus ini.

Justeru, BERSIH bersama rakan-rakan CSO, gerakan anak muda dan mahasiswa akan menggerakkan semula rakyat dan akar umbi untuk memberikan penerangan tentang perkembangan agenda reformasi ini menerusi beberapa tindakan dan aksi dalam masa ke hadapan.

BERSIH tidak teragak-agak untuk menggerakkan rakyat turun semula ke jalanan sebagai bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang sedang enak diulit kekuasaan tanpa menghiraukan harapan rakyat menerusi pelbagai dalih untuk tidak bersama mendukung agenda reformasi.

Gerakan rakyat ini mendesak Kerajaan melaksanakan agenda #Reformasi100peratus tanpa kompromi!

“Sekali rakyat bersuara dan bertindak, tiada tangan menahan ombak (Usman Awang)” Hidup rakyat! Lawan korupsi! Pertahankan demokrasi!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...