Isu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Video Insiden Hamburan Kata Kesat Di World Economic Forum Adalah Satira – JomCheck

524

Oleh : JomCheck

29 Januari 2024 – Tular di media sosial video memaparkan seorang pempengaruh, Damon Imani melontarkan kata-kata kesat kepada Pengerusi Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab yang kononnya berlaku ketika persidangan organisasi itu di Davos, Switzerland pada awal Januari 2024.

Namun, hasil semakan JomCheck berasaskan laporan portal semakan fakta dari India, The Quint mendapati:

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Ia adalah video satira. Damon Imani mengesahkan sendiri perkara ini melalui akaun X rasmi beliau.

Sumber: https://bit.ly/3SzPsct

Input penting bagi menyokong status di atas adalah:

a. Pempengaruh Iran yang menetap di Kanada, Damon Imani mengaku menerbitkan dua video yang saling berkait dan menyiarkannya di akaun media sosial beliau.

b. Semakan JomCheck mendapati terdapat beberapa klu yang menguatkan fakta ini seperti nama akaun X dan tera air (watermark) yang sama serta rupa watak di dalam video konsisten dengan gambar profil di akaun media sosial Damon Imani.

c. JomCheck mendapati Instagram telah melabel video ini sebagai ‘False Information’ serta X (dahulu Twitter) juga telah meletakkan label Nota Komuniti (Community Notes) yang menyatakan video ini adalah satira.

d. Tidak ada liputan media melaporkan kejadian ini. Sekiranya ia benar berlaku sudah tentu ia mendapat liputan luas oleh pihak media.

Jadi macam biasa, kalau ada sebarang maklumat yang diragui, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Ikuti JomCheck Malaysia dalam talian:

Laman sesawang : jomcheck.org
Emel : check@jomcheck.org
FACEBOOK : https://www.facebook.com/jomcheck
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/jomcheck/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@jomcheckmy
X (Dahulu Twitter) : https://twitter.com/jomcheck

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...