Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang pada jam 2:09 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 2:09 pagi, 23 Januari 2024 |
Koordinat | : 41.3° Utara 78.7° Timur |
Lokasi | : Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang |
Magnitud | : 7.0 |
Jarak | : 941km Timur Laut dari Taloqan,Afghanistan |
Kedalaman | : 78 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment