AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Advokasi Biz-BERKAT tingkatkan komitmen peniaga patuhi kod etika, peraturan dan undang-undang perniagaan

432
Kredit Foto : UKK KPDN

MELAKA, 13 Januari 2024 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali turun padang dalam Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) di sekitar Jonker Walk, Melaka semalam.

Beliau diiringi oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan KPDN Melaka.

Kredit Foto : UKK KPDN

Kata Armizan, antara objektif Sesi Advokasi Biz-BERKAT itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen di kalangan para peniaga untuk mematuhi kod etika, peraturan dan undang-undang perniagaan.

Iai termasuk pematuhan kepada Akta Perihal Dagangan 2011 seperti larangan untuk memberikan maklumat dan perihal
dagangan palsu ke atas barang-barang, harga dan perkhidmatan termasuk berkaitan pensijilan halal.

Kredit Foto : UKK KPDN

“Pada masa yang sama, tanggungjawab untuk mempamerkan tanda harga dan larangan untuk mencatut harga iaitu menaikkan harga pada kadar margin yang tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Begitu juga peraturan berhubung penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.” kata Armizan.

Sesi Advokasi Biz-BERKAT merupakan inisiatif baharu KPDN bagi tahun 2024 di bawah teras strategi Ketangkasan Penguatkuasaan. Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk memastikan aktiviti penguatkuasaan perlu hadir bersama aktiviti advokasi pematuhan kod etika dan perundangan.

“Walkabout Advokasi Biz-BERKAT dilaksanakan tahun ini bermula dengan negeri Melaka bersesuaian dengan Tahun Melawat Melaka 2024. Ini penting untuk memastikan para peniaga di negeri ini memahami kepentingan mematuhi kod etika dan perundangan perniagaan sebagai faktor tarikan kepada para pelawat dan pelancong sekali gus melonjakkan imej negeri dan negara. Malaysia kini menduduki tangga ke-12 di seluruh dunia dalam senarai negara yang paling banyak dilawati pada tahun 2023.

Pada masa yang sama, kepatuhan kepada amalan aktiviti jual beli yang beretika akan dapat membantu melonjakkan ekonomi perdagangan domestik dan sekali gus memberi manfaat kepada para peniaga dalam merancakkan industri pelancongan.

Justeru, bagi tujuan Tahun Melawat Melaka 2024, KPDN Negeri Melaka akan meningkatkan lagi sesi advokasi Biz-BERKAT, aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan di kawasan-kawasan tumpuan tarikan pelancong.” ujar Armizan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...