Setakat jam 9 pagi hari ini, jumlah pengguna berdaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah seramai 456,136 orang.
Menurut satu hantaran di Halaman X Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini, bilangan pengguna yang melakukan proses e-KYC adalah seramai 230,443 orang.
Manakala 61% dari jumlah tersebut telah selasai dengan pengesahan e-KYC.
Berhubung dengan proses e-KYC, ia boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit.
“Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private.
Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat.
Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’.” kata hantaran tersebut.
Leave a comment