AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 secara rasmi

435
Kredit Foto : FB Rasmi Maritim Malaysia

PULAU INDAH, 2 Januari 2024 – Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan semalam.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar.

OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7. Ianya juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin serta Pengerusi TH Heavy Engineering Berhad, Dato’ Ir. Jauhari bin Hamidi.

OPV1 ini mampu mecapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan. Malah ia juga turut dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian, OPV1 telah melalui beberapa fasa percubaan termasuk fasa ujian di laut (sea trial) yang dilakukan di Selat Melaka bersama aset-aset Maritim Malaysia yang terlibat dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat pada 28 November lalu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...