Isu Semasa @ My LNA

Hala tuju baharu MITRA

301

Oleh Ganabatirau Veraman, Ahli Parlimen KlangĀ 

Sejak kebelakangan ini, salah satu isu yang hangat dibicarakan dalam kalangan kaum India di Malaysia adalah hala tuju dan pengumuman YAB PMX berhubung dengan penempatan MITRA (sebelum ini dikenali sebagai SEDIC) di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa MITRA adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan sosio-ekonomi kaum India di Malaysia. Setiap tahun kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta kepada MITRA bagi tujuan tersebut. Namun, hala tuju dan keberkesanan program yang dijalankan oleh MITRA dengan peruntukan RM100 juta adalah masih kabur dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda reformasi kepada kaum India dari segi ekonomi, pendidikan, mahupun sosial.

Sejak penubuhan MITRA (malah sejak SEDIC ditubuhkan) pelbagai masalah menyelubungi MITRA. Ketirisan peruntukan, ketidakcekapan mengurus program dan tiada ketelusan adalah antara tohmahan mahupun kesalahan yang sering diutarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin NGO India terhadap MITRA. Atas alasan ini, MITRA telah ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran MITRA.

Walau bagaimanapun, pengumuman YAB PMX minggu lepas bahawa MITRA akan dipindahkan ke Kementerian Perpaduan Negara telah menguris perasaan dan sentimen dalam kalangan kaum India.

Ternyata sebelum ini, kebanyakan agensi yang bertanggungjawab untuk menaiktaraf
Sosio-ekonomi sesebuah kaum masih ditempatkan di bawah JPM seperti TERAJU. Apakah bezanya di antara TERAJU dengan MITRA sedangkan kedua-dua agensi adalah untuk manaiktaraf sosio-ekonomi kaum masing-masing? Adakah kita meletakkan TERAJU di bawah Kementerian Perpaduan Negara?

Saya secara peribadi ingin mencadangkan supaya MITRA dijadikan Badan Kanun Persekutuan dimana ia akan melapor kepada Lembaga MITRA dan seterusnya kepada Perdana Menteri secara langsung. Saya juga berpendapat cadangan Badan Berkanun MITRA akan meningkatkan kredibiliti dan ketelusan dalam mentadbir peruntukan yang diberikan kepada MITRA memandangkan laporan kewangan tahunan perlu dibentangkan di Jemaah Menteri dan seterusnya akan dibentangkan di Parlimen. Segala operasi MITRA akan dipantau oleh Lembaga MITRA yang akan merangkumi pemimpin-pemimpin terkemuka di kalangan kaum India.

Saya berharap YAB PMX akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan saya bagi memastikan MITRA mencapai objektif penubuhannya. Sekiranya ia masih diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara, maka ia boleh mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan kaum India yang telahpun terkilan dengan pelbagai isu dan janji yang masih belum ditunaikan. Sokongan kaum India boleh menjadi penentu kepada kejayaan kerajaan perpaduan. Jangan kita endahkan!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Agama @ MY LNABM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPendapat @ My LNA

Panduan sunnah mendepani isu siasatan kematian

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar, Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Siasatan kematian seringkali menjadi...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...