๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐, ๐ฎ๐ฒ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia.
Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut.
Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa.
Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta merta jika berlakunya situasi merbahaya bagi mengurangkan kes kehilangan nyawa dan kerugian harta benda di laut.
Sehubungan itu, komuniti nelayan dinasihatkan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan iklim yang tidak dijangka.
Penyebaran maklumat palsu mengenai kejadian ribut petir mahupun keadaan bantuan kecemasan di laut yang tidak sahih adalah dilarang sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.
Sebarang maklumat awam berkaitan pelanggaran undang-undang dan carilamat maritim boleh disalurkan menerusi talian Malaysia Emergency Response Service (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2637481.
Leave a comment