BernamaBM @ MY LNAJenayah

Ketua Sindiket Dadah antara 10 Individu Ditahan dalam Operasi Khas di Sabah – Ayob Khan

356

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi.

Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa.

“Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah, selain Filipina dan Indonesia,” katanya.

Menurutnya, dadah berkenaan dibawa ke Sabah menggunakan keldai dadah melalui syarikat penerbangan komersial serta kiriman kargo laut dan disimpan di Sabah sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket, sebelum diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina.

Ayob Khan berkata dalam operasi ini, polis tidak merampas sebarang dadah dan menyita aset kerana siasatan kes berkenaan masih berjalan.

“Selain itu, siasatan awal mendapati ahli sindiket ini memiliki pelbagai aset seperti kenderaan-kenderaan mewah, banglo dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, sektor pembuatan serta rangkaian restoran,” katanya.

Ayob Khan berkata ketua sindiket turut dikesan memainkan peranan sebagai penaung Badan Bukan Kerajaan bagi melindungi aktiviti haram.

Menurutnya, suspek sama sebelum ini pernah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Sembilan lagi suspek antaranya berperanan sebagai pembantu peribadi, keldai dadah, penganggur dan transporter,” katanya sambil menambah siasatan kes itu juga menjurus kepada usaha merampas hasil daripada kegiatan haram yang dimiliki oleh ahli-ahli sindiket.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh,” katanya.

Ayob Khan berkata siasatan juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Polis turut menyiasat penglibatan sindiket dalam aktiviti penyeludupan kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina, katanya.

— BERNAMA

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...