AMBM @ MY LNAUTAMA

Timbalan KPN dan isteri hadir Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM 2023

384

Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 – “Seikhlas Budi, Titipan Memori” menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Seramai 251 pesara pegawai kanan polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen, untuk menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Pasukan selama ini.

Lebih bermakna, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Timbalan Yang di-Pertua Mes PDRM bersama isteri SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia.

Berucap dalam majlis malam tadi, Dato’ Sri Ayob Khan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada para pesara atas segala khidmat bakti yang diberikan bersama PDRM dan mengalu-alukan sebarang nasihat dan teguran membina agar Pasukan dapat terus mengorak langkah ke mercu kegemilangan.

Beliau turut berharap agar para pesara dapat terus bergiat aktif dalam Persatuan-Persatuan Bekas Pesara Polis, demi kemaslahatan Pasukan tercinta.

“Pucuk pimpinan Pasukan sentiasa berusaha untuk memperjuangkan hak dan kebajikan warga kerjanya, termasuklah bagi yang telah meninggalkan “active duty” atas sebab persaraan. Kebajikan para pesara akan terus terpelihara di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan.” ujar beliau.

Beliau juga menyarankan supaya para pesara dapat mendaftar di dalam Sistem e-Pesara PDRM, agar segala isu kebajikan dapat disalurkan secara berterusan.

Kemuncak majlis tadi ialah penyampaian cendera kenangan kepada barisan pesara yang hadir dengan disempurnakan oleh Dato’ Sri Ayob Khan sambil diapit oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang di-Pertua Mes PDRM, DCP Dato’ Fadzil Ahmat.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM bersama isteri dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...