AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNA

Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga

271

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ – Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia.

Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini.

Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu.

Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian.

Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Perikanan Malaysia, dan seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua kru dan bot telah ditahan di Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevieยฎ untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...