Kuala Lumpur, 15 Disember 2023 – Dalam majlis bersama ESL, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut kembali kejohanan ESL One bertaraf global yang dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia, selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab esukan Asia Tenggara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli telah membuat lawatan di lokasi kejohanan ESL One Kuala Lumpur 2023 iaitu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada hari ini. Beliau disertai oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze; Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI); Caitlin Kang, Pengarah Urusan ESL Malaysia; Eugene Hong, Pengurus Projek Kanan ESL One; dan JB Hewitt, Pengarah Urusan ESL Asia-Pasifik Jepun.
Tahun ini adalah tahun keempat kejohanan antarabangsa DOTA 2 tersebut dianjurkan di Malaysia dan perlawanan berlangsung di arena MITEC bermula 11 hingga 17 Disember ini.
12 pasukan DOTA terbaik dunia akan bersaing untuk merebut satu daripada enam tempat di Playoffs serta membawa pulang hadiah tunai 1 juta USD (RM 4.6 juta).
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Majlis Sidang Media ESL One Kuala Lumpur 2023 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel KL berkata, di bawah “Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat. Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One.”
“Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai esports powerhouse di rantau Asia Tenggara, KBS ingin menjemput lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini. Semoga dengan usaha ini dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia,” tambah beliau lagi.
“Kami amat berbesar hati dengan peluang untuk mempamerkan pasukan Dota 2 terbaik dunia kepada peminat kami di Malaysia dan dari seluruh rantau,” kata Caitlin Kang, Pengarah Urusan ESL Malaysia di ESL FACEIT Group. “Dengan hadiah terkumpul USD 1 ,000,000 pada tahun ini dan lokasi yang lebih mudah diakses, kami sedia untuk menyambut ribuan peminat Dota 2 ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, sekaligus meneruskan legasi ESL One di Malaysia.”
Berikut adalah pasukan yang akan bertanding dalam ESL One Malaysia 2023:
Pasukan | Rantau | Status |
Gaimin Gladiators LGD Gaming Azure Ray Betboom Team 9Pandas Team Liquid Team Secret TSM Wawitas Sagazes Invictus Gaming Blacklist Rivalry Team Falcons | Western Europe China China Eastern Europe Eastern Europe Western Europe Western Europe North America South America China South East Asia Middle East & North Africa | Jemputan Jemputan Jemputan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan Kelayakan |
Layari ESL DOTA 2 di Facebook dan Twitter untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan umum, sila layari about.eslgaming.comdan ikuti ESL Gaming di LinkedIn, Twitter, Facebook, dan Instagram.
Leave a comment