BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

821

Puchong, 7 Disember 2023 – Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim keempat dengan nafas baru untuk terus memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia. 

Demi meneruskan agenda mengangkat martabat dan karya penulis lagu, pemuzik serta penyanyi indie tanah air sejak 2020, ALI tahun ini membawa beberapa kelainan iaitu dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah tiga kategori genre iaitu Pop, HipHop, dan Rock, format pemarkahan yang melibatkan undian awam, serta peningkatan tawaran hadiah wang tunai daripada RM 16,000 pada musim lalu kepada RM 36,000. 

Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 berkata, “Rakita 107.9 akan terus kekal menjadi tulang belakang ALI dalam memperjuangkan pengiktirafan kepada muzik indie dengan harapan agar setiap karya yang dibawa ke platform ini akan diterima dengan lebih meluas oleh peminat muzik Malaysia. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan lebih ramai penggiat industri ini, supaya ALI akan sentiasa ada untuk menyokong generasi dan bakat muzik indie di masa akan datang.”

Pemuzik indie Malaysia yang berminat untuk mencalonkan lagu ciptaan mereka sendiri kepada ALI adalah dijemput untuk berbuat demikian bermula dari 5 Disember ini sehingga 31 Januari tahun hadapan dengan menghantarkan penyertaan menerusi laman web rasmi, www.anugerahlaguindie.com.my. 

Ciri-ciri atau Kriteria Kelayakan Lagu

1. Lagu yang dipilih atau dipertandingkan mestilah sebuah lagu yang asli dan merangkumi lirik dan muzik yang asli.
2.Lagu demo yang dihantar akan hilang kelayakan secara automatik.
3.Lagu tersebut mestilah dihasilkan dan diterbitkan antara 01 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 pada mana-mana platform yang berikut:-(a) YouTube;(b) Spotify;(c) Deezer;(d) Apple Music;(e) SoundCloud;(f) Bandcamp; atau(g) Radio.
4.Lagu yang dipertandingkan hendaklah bebas daripada dan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kontrak penerbitan atau perjanjian bersama syarikat rakaman utama. Bagi mengelakkan keraguan, syarikat rakaman utama adalah syarikat yang mempunyai peratusan rekod jualan tahunan yang tinggi, dan boleh mengeluarkan, mengedarkan dan memasarkan kandungannya sendiri dan akan ditentukan oleh Penganjur. Sekiranya lagu yang dipertandingkan hilang kelayakan berdasarkan ketetapan ini, keputusan tersebut adalah mengikut budi bicara Penganjur dan keputusan tersebut adalah muktamad.
5.Untuk tujuan penjelasan, lagu yang berkait dengan mana-mana kontrak pengeluaran atau perjanjian bersama label Indie (atau Persendirian) boleh dipertandingkan. Bagi mengelakkan keraguan, label Indie (atau Persendirian) adalah syarikat yang beroperasi tanpa pembiayaan yang besar oleh label rakaman komersial dan tanpa penerbitan, jualan, pengedaran dan syarikat/sektor pemasaran mereka sendiri dan adalah tidak bergabung dengan atau dibiayai oleh mana-mana syarikat rakaman komersial seperti yang telah ditakrifkan di perkara 4 di atas.
6.Lagu yang dipertandingkan boleh dalam mana-mana bahasa.
7.Seorang penulis lirik lagu/penerbit/komposer/pencipta mestilah mempertandingkan tidak melebihi tiga (3) lagu.

Penghantaran Lagu

1. Lagu mestilah dihantar antara 5 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024 selewat-lewatnya sebelum/pada 11.59 malam.  Penghantaran melebihi tarikh dan masa yang ditetapkan di atas tidak akan diterima.
2.Lagu mestilah dihantar dalam fail yang berkualiti tinggi, dalam format fail yang disenaraikan di bawah dan mestilah disertakan bersama lirik dan profil:-(a) .mp3; atau(b) .wav
3.Lagu yang tidak dihantar dalam bentuk format fail seperti yang dinyatakan di atas atau tidak sertakan lirik atau profil akan hilang kelayakan secara automatik:(a) Lirik lagu dan profil tersebut mestilah dalam bentuk Google document, Microsoft Word atau format PDF; dan(b) Profil tersebut hendaklah termasuk sejarah peserta yang merangkumi individu dan ahli kumpulan secara individu (yang mana berkenaan), katalog muzik, video muzik dan genre atau kategori muzik yang dipertandingkan oleh peserta.
4.Penghantaran lagu mestilah dibuat melalui laman web rasmi anugerah tersebut, www.anugerahlaguindie.com.my. Mana-mana lagu yang dihantar melalui medium yang lain adalah tidak dibenarkan dan tidak akan dipertimbangkan untuk anugerah tersebut.

Hadiah Pemenang ALI 2023 

Setiap pemenang bakal membawa pulang sebuah trofi kemenangan dan hadiah wang tunai seperti berikut:

Lagu Terbaik RM15,000.00
Lagu Pop TerbaikRM5,000.00
Lagu Rock TerbaikRM5,000.00
Lagu Hip Hop TerbaikRM5,000.00
Persembahan TerbaikRM5,000.00
Anugerah Lagu Terpaling Indie CIKRM1,000.00
*Keputusan bagi Anugerah-Anugerah tersebut adalah muktamad.

Garis masa #ALI2023

Pendaftaran Lagu5 Disember 2023 – 31 Januari 2024
Pencalonan1 Januari 2024 – 4 Februari 2024
Top 30 5 Februari 2024
Undian 90 Lagu 5 – 18 Februari 2024
Top 5 20 Februari 2024
Malam Anugerah #ALI2023 2 Mac 2024

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...