BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Kemudahan VOA ditambah baik, mudahkan kedatangan pelabur dan pelancong dari China dan India

441

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan inisiatif baharu di bawah “Pelan Liberalisasi Visa Malaysia”, termasuk menambah baik kemudahan Visa On Arrival (VOA), Pas Lawatan Sosial dan lain-lain.

Setelah perundingan dan perbincangan yang rapat antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihak KDN telah memaklumkan syarat-syarat baharu kemudahan VOA bagi warganegara China dan India seperti berikut:

  • Membenarkan warganegara China dan India yang menaiki penerbangan sewa khas (chartered direct flight) melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dari negara China dan India untuk memohon kemudahan VOA;
  • Agensi pelancongan yang menguruskan permohonan pelawat perlu bertanggungjawab untuk memastikan pelawat keluar daripada negara dalam tempoh ditetapkan;
  • Agensi pelancongan juga perlu memastikan pelawat yang menaiki penerbangan sewa khas (chartered direct flight) dari negara China dan India mengemukakan maklumat dokumen perjalanan dan senarai ketibaan (list of arrival) dengan lebih awal kepada JIM untuk tujuan semakan dan penyelarasan di pintu masuk;
  • Mengekalkan tempoh keberadaan selama 15 hari. Pelawat wajib menunjukkan tiket penerbangan pergi balik dan dokumen tempahan hotel sepanjang berada di Malaysia; dan
  • Permohonan kemudahan VOA juga adalah tertakluk kepada syarat–syarat yang sedia ada.

Antara proses permohonan dan pertimbangan eVOA adalah seperti berikut:

  • Agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC perlu membuat permohonan secara dalam talian sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari dari tarikh kemasukan ke Malaysia melalui pautan eVOA https://imigresen-online.imi.gov.my/evoa/main;
  • Agensi pelancongan yang telah berdaftar di dalam sistem eVOA perlu mengisi dan memuat naik dokumen sokongan maksimum sepuluh (10) pemohon di dalam satu permohonan;
  • Pengesahan dan kelulusan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari selepas permohonan berjaya dihantar;
  • Proses pembayaran dibuat oleh agensi pelancongan selepas permohonan diluluskan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh kemasukan melalui pautan pembayaran yang tertera di dalam e-mel kelulusan. Kadar bayaran yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM200 bagi setiap pelawat; dan
  • Status permohonan boleh disemak di dalam pautan eVOA.

Justeru, MOTAC berharap lebih ramai pelancong serta pelabur dari China dan India datang ke Malaysia, seterusnya dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...