BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

Tourism Malaysia Lancar Pakej Cuti-Cuti Keluarga

750

PUTRAJAYA – Tourism Malaysia melancarkan 11 Pakej Cuti-Cuti Keluarga dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga (MATFA) di Ekspo Kasih Madani yang berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya bermula hari ini sempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023.

Sebanyak tujuh pengendali taman tema menawarkan tawaran pakej menarik kepada pelancong domestik bermula 4 November sehingga 30 November 2023. Tawaran pakej adalah serendah RM23 seorang untuk pembelian tiket masuk dengan tempahan minimum 10 orang sehingga ke Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) bermula RM1,088 merangkumi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta bilik penginapan, sarapan pagi, tiga aktiviti dan tiket masuk ke taman tema.

Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2024. Antara pengendali taman tema yang mengambil bahagian termasuklah Sunway Lagoon (Camp Out!), SplashMania Water Park Gamuda Cove, THE TOP Penang Theme Park, Ripley’s Adventureland dan Jungle Gym Genting Highlands, Wet World Water Park Shah Alam dan Amverton Cove Golf & Island Resort.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan tawaran diskaun pakej pelancongan yang ditawarkan oleh 86 pemilik produk pelancongan di laman web Go Tifi (www.gotifi.com), iaitu satu platform sehenti untuk tempahan perjalanan pelancongan secara dalam talian yang mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, pelancaran Pakej Cuti-Cuti Keluarga itu secara tidak langsung diharap dapat membantu fokus kerajaan untuk memartabatkan institusi kekeluargaan sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan domestik.

“Tourism Malaysia berharap setiap keluarga dapat mengambil peluang ini untuk bercuti di dalam negara dan mencipta memori bersama insan tersayang menerusi tawaran eksklusif Pakej Cuti-cuti Keluarga.

“Kita memahami asas kesejahteraan bermula daripada ikatan kasih sayang erat yang dicurahkan oleh ibu bapa sebagai tunjang kekuatan dan nilai murni ini dapat dipupuk serta dimanifestasikan dengan meluangkan lebih masa menerusi percutian bersama keluarga,” katanya.

Bertemakan “Keluarga Harmoni, Negara Madani”, Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...