AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAWanita @ My LNA

Tangani kes gangguan seksual : Mahasiwa dipelawa menyertai Skuad Waja

1k

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2023 – Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual diteruskan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kali ini diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.

Menurut KPKWM dalam satu siaran media hari ini, program jelajah yang ke-12 itu merupakan Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual selepas Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Kedah dan Perak.

“Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah digubal sebagai satu manifestasi penting Kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia. Golongan mahasiswa turut berisiko terdedah dalam isu ini. Penerapan dalam diri berkaitan dengan pengetahuan gangguan seksual dalam kalangan mahasiswa adalah sangat penting bagi memastikan kesejahteraan emosi dan psikologi mereka berada dalam keadaan yang sihat. Normalisasi pelakuan ini sama ada secara terang-terangan atau jenaka akan meninggalkan kesan negatif termasuk trauma dan ketakutan yang berpanjangan. ” kata KPWKM.

Justeru, para mahasiswa dipelawa menyertai Skuad Waja iaitu sukarelawan di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang berperanan sebagai ejen serta mata dan telinga Kerajaan dalam masyarakat terutamanya bagi golongan yang sering menjadi mangsa keganasan.

“Penubuhan Skuad Waja bertujuan untuk memperkasa komuniti dengan pengetahuan berkaitan keperluan psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah.” kata KPWKM lagi.

Statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes gangguan seksual meningkat dari 378 kes pada tahun 2020 kepada 506 kes pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada tahun 2022 iaitu kepada 477 kes.

“Statistik ini menunjukkan bahawa setiap tahun lebih 90 peratus daripada kes gangguan seksual adalah melibatkan mangsa di kalangan wanita. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada tahun 2022, terdapat 95 kes gangguan seksual di mana 84 kes atau 88 peratus adalah melibatkan gangguan seksual terhadap wanita.

Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual ini adalah antara usaha advokasi berterusan KPWKM dalam menyediakan platform selain membantu meningkatkan kesedaran agar mangsa tampil untuk membuat laporan agar isu ini dapat ditangani dan dihentikan.

Antara pengisisan program pada kali ini adalah Taklimat Advokasi Antigangguan Seksual oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Taklimat Peranan Keluarga dalam Membendung Gangguan Seksual oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Forum Bual Bicara Antigangguan Seksual serta jualan produk tempatan yang diusahakan oleh kumpulan sasar KPWKM.” kata KPWKM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...