AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi santuni warga Kolej Komuniti Kuching dalam sesi Segulai Sejalai

639

KUCHING, 16 SEPTEMBER – Seramai 60 orang yang terdiri daripada Pengarah-pengarah politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dan warga Kolej Komuniti Kuching (KKKG) disantuni oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk
Mohammad Yusof Apdal pada sesi Segulai Sejalai bertempat di Dewan Serbaguna, KKKG, hari ini.

Lawatan tersebut membolehkan Mohammad Yusof melihat sendiri keunikan dan kecemerlangan KKKG dalam meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak.

“Setiap Kolej Komuniti mempunyai fokus dan keistimewaannya tersendiri, di mana setiap kursus yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat.

Dalam menjayakan Ekonomi MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh menyumbang dengan lebih berkesan, khususnya melalui pendekatan 4P iaitu Penyediaan bakat; Penyelidikan dan inovasi; Pemindahan dan Perkongsian ilmu dengan masyarakat; dan Pengantarabangsaan.” katanya.

Ujarnya lagi, KPT melalui Kolej Komuniti berperanan besar dalam meningkatkan perkongsian ilmu dengan masyarakat apabila dibuktikan dengan pelaksanaan program PSH di Kolej Komuniti.

“Dalam aspek tersebut, Kolej Komuniti memainkan peranan yang penting sebagai hub perpindahan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu menambah pendapatan masyarakat setempat dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kagum dan memberikan penghargaan terhadap program PSH yang ditawarkan di kesemua Kolej Komuniti Zon Sarawak.

“Program PSH merupakan usaha mendidik komuniti dalam bidang kemahiran dan secara langsung boleh mendorong mereka melibatkan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama dan sinergi antara pihak pengurusan dan warga pendidik adalah penting untuk memastikan kejayaan dan kelangsungan program-program yang ditawarkan termasuk dalam bidang TVET mahupun PSH. Ini kerana semua warga kerja ini terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan dan negara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...